Ingin ku jadi seperti pelangi kerna tatkala ia memunculkan dirinya pasti menyenangkan hati semua yang memandangnya sehinggalah mereka masih tercari-cari lagi meskipun ia telah pergi
Monday, November 29, 2010
060 Rindu Kamu Semua
Thursday, November 25, 2010
059 Ketika Cinta Berbuah Syurga
Sunday, November 14, 2010
058 Apabila Pencil Bukan Lagi Digunakan untuk Menulis Melukis
Saturday, November 13, 2010
057 Tips Menjadi Blogger yang diRedhai Allah
Hari ini catatan pena istisyhad nak share dengan ntum(korg) sume tips-tips menjadi blogger yang diRedhai Allah swt. Best kan? sambil buat blog sambil dapat saham pahala. Inilah baru dinamakan blog dunia akhirat. Caranya mudah senang dan simple je. Tanpa membuang masa marilah kita lihat tips-tips berikut:
Tuesday, November 9, 2010
056 Puasa di bulan Zulhijjah
Puasa pada Sepuluh Pertama Zulhijjah
Dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu anhuma bahwa Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda “Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lbh dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini yaitu Sepuluh hari dari bulan Dzul Hijjah.” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah tidak juga jihad fi sabilillah?” Beliau menjawab “Tidak juga jihad fi sabilillah kecuali orang yg keluar dgn jiwa dan hartanya kemudian tidak kembali dgn sesuatu apapun.”
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari Rahimahullah)
Dari Umar Radhiyallahu anhuma bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Tidak ada hari yg paling agung dan amat dicintai Allah utk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil takbir dan tahmid.”
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah)
Puasa sunat Hari Arafat
Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.;
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”
(Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda;
“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah”
(Riwayat Imam Muslim)
Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”
(Riwayat Imam Muslim)
Wallahualam...
Monday, November 8, 2010
055 TemanSejati
Teman sejati adalah teman sejati yang dia benar-benar
mahu berteman denganmu bukan kerana
darjatmu tepi kerana kemurniaan cinta itu
sendiri yang tercipta dari keikhlasan hati
mencintaimu kerana Allah.
Dan dengan dasar itu, kau pun boleh
mencintainya dengan penuh keikhlasan kerana
Allah.
Kekuatan cinta kalian akan melahirkan kekuatan
dasyat yang membawa manfaat dan kebaikan.
Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa
ke syurga
Dipetik dari novel yang bertajuk:
Di Atas Sejadah Cinta (Ketika Cinta Berbuah Syurga)
Dikarang Oleh (nukilan sahabat pena) :
Habiburrahman El-Sharizy
Sunday, November 7, 2010
054 Bicara Cinta hanya kamu dan Dia :`)
Punya cerita duka punya cerita luka
itulah namanya arca manusia
punya hati suka namun sakit saat terluka
itulah namanya jiwa manusia
mengukir saat bahagia
menancap waktu sengsara
itulah takdir Cinta Yang Esa
takdir itu mana mungkin menzalimi
tetapi itu tarbiyah Illahi
suka duka sengsara bahagia
nikmat Tuhan buat sang hamba
cuma manusia harus celik menilainya
buat orang muda
acara kamu masih menunggu puncaknya
walau terkadang salah bicara namun Dia tetap Cinta
walau terkadang sasar gayanya
Dia tetap menunggu dirimu berbicara
Bicara Cinta hanya kamu dan Dia
Bicara Cinta agung yang pasti tiada taraNya
berbahagialah orang muda
yang pasti tahu datang dan perginya
hanya disisi Tuhan Yang Esa :`)
nukilan sahabat pena...sungguh sedap puisi ini :)