. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Pages

Wednesday, February 23, 2011

068 Salam atau As-Salam

Assalamualaikum semua. Hari ini catatan copy and paste pena istisyhad hehe nak kongsi tentang kalimah awal pengucapan dan pembicaraan seseorang. Iaitu 'salam' dan 'assalam'. Article kat bawah ni di copy secara hikmah di atas link ini. Selamat membaca.
Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)
Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Monday, February 14, 2011

067 MaulidurRasul VS. Velentine`s Day

Bismillah...
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammadwa aalihi Muhammad


Assalamualaikum everyone!
Whats up?
Are you have a nice day today?
Alhamdulillah.


Sikit-sikit dah la ye. Banyak-banyak pulak tunggang terbalik terus english ni karang. Segala Puji bagi Allah. Pengedaran zaman sekarang ni semakin ramai yang dah tau keharaman umat islam menyambut hari velentin tu. Dekat kelas bincang borak pasal jangan sambut velentin day. Dekat cafe pon borak pasal boikot valentin day. 

Sama-sama hari kekasih kita boikot,
Sama-sama Maulud Nabi kita sambut!

Haa...berpantun dua kerat siket. Ya ayyuhal kaafiruun! jika kamu ingin menyambut hari kekasih, maka kamu sambutlah hari kekasih kamu. Kami Islam menyambut hari keputeraan Kekasih Allah, Rasulullah yang kami rindui dan kasihi.

"Untukmu agamamu, dan untukku, agamaku." (109:6)

Tetapi bagi golongan yang tidak menghiraukan keharaman hari kekasih ini, setiap tahun pada 14 Februari adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh mereka terutamanya pasangan kekasih yang belum bernikah. Persoalannya mengapakah dengan status 'in relationship with ....' itu dapat melahirkan sebuah tanggungjawab yang besar seperti, 'saya jaga awak ye, dont worry, nobody cant touch you, except me.'(yekk) bagaikan perjanjian atau undang-undang yang ditimbulkan khas buat sepasang kekasih untuk dihubungkan satu sama lain. Seakan-akan suami dan isteri, ibu dan ayah. Oleh itu, percintaan kasih kekasih tanpa nikah selalunya seperti permainan ataupun 'trial and error' dalam mencari sebenar-benar pasangan kekasih yang sesuai tanpa memikirkan cinta yang lebih utama (Allah, Rasul, Ibu dan Ayah). Tanpa perkahwinan, sesuai sekali diunggkapkan dengan perkataan yang baik-NAFSU-

Setakat ini saja dulu, apa yang baik itu dari Allah, apa yang tidak baik itu adalah atas kelemahan diri ini. marilah sama-sama kita luangkan masa 1-2 minit berselawat keatas Nabi kita Muhammad bin Abdullah...


Salam





Saturday, February 12, 2011

066 Egypt`s Revolution (Revolusi Mesir)

Allahuakhbar!
Allahuakhbar!
Allahuakhbar!
Wahai Dunia...catatan mata pena sejarah untuk hari ini; 
Hosni Mubarak, Presiden Mesir, telah mengundurkan diri dari jawatannyamenyerahkan kuasa kepada angkatan bersenjata (Supreme Council of the Armed Forces.) Alhamdulillah. Mesir kini bebas dalam kegembiraan diselimuti revolusi Cinta dan Kasih Allah. Subhanallah.

Berikutnya, disini bicaraCinta memaparkan petikan 'Hosni Mubarak resigns as president' dari Aljazeera.net News. Selamat membaca.

Hosni Mubarak, the Egyptian president, has resigned from his post, handing over power to the armed forces.

Omar Suleiman, the vice-president, announced in a televised address on Friday that the president was "waiving" his office, and had handed over authority to the Supreme Council of the Armed Forces.

Suleiman's short statement was received with a roar of approval and by celebratory chanting and flag-waving from a crowd of hundreds of thousands in Cairo's Tahrir Square, as well as by other pro-democracy campaigners who attending protests across the country.

The top figure in Egypt's new regime is now Field Marshal Mohammed Hussein Tantawi, the country's defence minister.

After the announcement, he drove past Mubarak's former palace, where crowds cheered him. He stopped briefly to thank and hail the pro-democracy campaigners before driving in.

Saturday, February 5, 2011

065 UnderPROGRESION

Salam
Apa habaq sume? rasa nya dah lama sangat aku tak update blog ni. Nampak macam berusang kan. Okey la. Sebenarnya aku baru lepas habis bulan peperiksaan. Peperiksaan pertengahan sem 2. Menjalankan amanah tanggungjawab sebagai seorang pelajar, terpaksa tinggalkan blog. Sori semua sebab tak dapat nak update-update blog ni. Masa cuti sem, busy melanda pula. Kene tolong-tolong family. And tolong lecture buat banner inovasi untuk kolej. Alhamdulillah dapat siapkan banner pada waktunya. Pening gak kepala nak pikir camne nak siapkan banner tu. Seperti biasa jalan-jalan kat internet cari design inspirasi dulu. Baru la dapat siapkan. Dan ini hasilnya.


Kemudian kembali ke kolej semula. tup-tap-tup-tap...cuti raya cina pulak. Balik rumah cuti lagi. Alhamdulillah hari ini, dengan Izin Allah barulah dapat aku conteng sikit-sikit kat blog ni hari ni.

Posting kali ni aku nak inform kepada semua pembaca dan followers blog BicaraCinta bahawasanya blog ini UnderPROGRESSION. Tarikh siap telah ditetapkan pada 1 May 2011. Moga Allah permudahkan urusannya. Memandangkan pada tarikh tersebut aku telah selesai pengajian di kolej, aku akan bercuti 4 bulan lebih sementara menunggu kemasukan ke universiti. Maka dengan ini, nantikan lebih banyak posting menarik. Nantikan wajah baru blog bicaraCinta. Tunggu dan lihat ya.