. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Pages

Sunday, August 23, 2009

031 Di celah Kesucian

Di Hujung Kota Indah, Kepong tatkala melahirkan rasa syukur keatas Ilahi, aku dan kamu masih diberi kesempatan memasuki gerbang Ramadhan al-Mubarak. Sesungguhnya hidup ini penuh dengan dugaan dan hikmah dariNya. Jangan sesekali pernah kita menyalahkan takdir yang selalu menyingkap hidup ini walaupun takdir itu pahit untuk kita terima. Sungguh, firman Allah ta`ala


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً . إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(ash-Syarh 5-6)

Salam Ramadhan
Moga kita bersama-sama merebut pahala dan ganjaran yang telah dijanjikan
Moga malam Lailatul Qadar dapat kita temui
WaSalam

Friday, August 14, 2009

030 Jawapan

...Hari ini aku bangun dari 'mati sementara' benar-benar pada awal pagi. Meskipun pada malamnya tidur agak lewat, aku memaksa diri ini hanya semata-mata untuk mengadu dan meminta petunjuk Ilahi dalam menyingkap kesulitan hidup.

Tahun ini aku berhadapan dengan penuh duri ujian dan kekeliruan di sudut hati. Di hujung benak sanubariku hanya ada Allah sebagai tujuan dan harapan. Tatkala diiringi dengan petunjuk dari ibu bapa dan teman yang tak pernah berhenti membisik kata nasihat agar aku terus kuat menghadapi hitam putih kehidupan.

"Tingkatan lima!". Pembicaraan itu sangat berkait-rapat dengan ujian besar di seluruh Malaysia. Sijil Pelajaran Malaysia. Ujian yang bisa menempatkan aku dan sahabat handai di merata-rata tempat. Semestinya untuk memperluaskan ilmu Allah dan melangkahkan kaki sehingga ke menara gading.

Pada awal tahun persekolahan aku di maktab tercinta, SM Teknik Kuala Selangor, aku telah ditempatkan di kelas 5Awam1. Kelas penuh dengan keceriaan. Di situlah aku cuba meletakkan diri aku untuk mendapat kedudukan selesa yang sebaik mungkin. Pada peringkat awalnya, aku tidak dapat menyesuaikan diri untuk berada di kelas itu. Mungkin kerana aku terpaksa berpisah kelas dengan sahabat-sahabatku tahun lepas setelah setahun mengharungi perjuangan bersama di kelas 4Awam2. Tapi aku tetap cuba bertahan. Semangat peringkat awal di tingkatan lima tidak pernah melenturkan rasa diri aku untuk terus belajar di kelas itu. Alhamdulillah dengan izin Allah aku bertambah gembira dan selesa berada di kelas itu sepenuhnya. Sejujurnya, lama-kelamaan rakan-rakan di kelas itu aku dapat merasakan mereka seperti adik-beradik.

Hari demi hari, detik demi detik, semuanya berlalu dengan pantas. Ujian setara 1 di sekolah kami dicepatkan gara-gara penubuhan Kelas Super Score 2009. Kelas yang meletakkan pelajar-pelajar cemerlang dari setiap jurusan. Kelas ini bersistem. Kelas ini hanya terhad kepada 20 pelajar sahaja. Dijanji keselesaan penuh kepada setiap pelajar. Guru, AirCond, WaterHeater, dan macam-macam. Ujian pun berjalan. Bila mana ujian itu selesai, kami sekelas melepas lega dan kini hanya mampu berdoa dan bertawakkal saja.

Kini tiba keputusan pelajar-pelajar yang tersenarai dalam Kelas Super Score. Satu-satu nama pelajar dipanggil. Aku amat terkejut apabila nama aku turut sama tersenarai. Bermakna kini aku terpaksa berpisah dengan kawan kelas aku lagi. Macam-macam fikiran menghantui aku. Perasaan bangga dari bisikkan syaitan awal-awal aku tepis. Astaghfirullah. Aku amat merindui kawan kelas aku. Aku amat merindui saat ikatan ukhuwah itu terikat simpul mati.

Kelas pun bermula. Pada awalnya aku tidak dapat tumpu sepenuh perhatian di kelas itu. Aku terlibat dengan pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya. Banyak masa P&P aku terbuang begitu saja kerana dalam usaha menyiapkan dokumen-dokumen pertandingan dan persediaan membentangkan EAK di hadapan pihak hakim. Tetapi atas kehendakNya, aku dan peserta EAK yang lain tidak dapat mengaut apa-apa kemenangan. Kami redha.

Kelas berjalan seperti biasa. Sedikit demi sedikit kemudahan untuk kelas bertambah. Mula-mula makanan, kemudian, cat kelas, aircond waterheater dan sebagainya. Guru-guru menaruh harapan agar pelajar SS ini dapat menaikkan nama sekolah kelak. Aku cuba menguatkan diri belajar bersungguh-sungguh.

Hati aku mula rasa tak sedap. Aku cuba mencari puncanya. Tidak jua aku temui. Hari-hari yang mendatang kian membuatkan hati aku meronta malah hati aku merasakan bahawa kelas lama lebih baik untukku. Aku rasa seperti aku nak pindah keluar dari kelas SS. Aku membicarakan rasa ini pada bonda tercinta. Bondaku seru agar aku mencari jawapan ini daripada Ilahi iaitu solat Istikharah. Aku pun membuat Qiammulai untuk mencari jawapan itu. Selainku selitkan solat Istikharah di dalam ibadah malamku, juga ku tidak lupa solat tahajjud dan solat witir sebagai penutup.

Selang hari aku bangun malam, lama kelamaan aku tergerak hati untuk memilih jawapan kembali ke kelas lama. Pernah kudengar, jawapan Istikharah, jika tidak melalui mimpi, Allah akan menunjukkan melalui hati. Hati aku benar-benar merasakan jawapannya kembali ke kelas lama. Aku beritahu pada bondaku kembali. Bondaku menyatakan bahawa dia ikut sahaja kehendakku asalkan aku memikirkan keputusan itu masak-masak. Dan bondaku sarankan agar aku melakukan Istikharah lagi di Kota Suci Mekah dalam mengerjakan ibadah umrah.

Aku hampir membatalkan hasrat aku apabila guru kesayangan aku memberi kata-kata nasihat kepadaku supaya aku tidak berpindah, sebelum aku berangkat ke Kota Suci. Aku mula keliru. Guru itu menasihatiku agar aku patut bersyukur dapat kemudahan belajar di kelas SS.

Alhamdulillah syukurnya bonda dan ayahandaku tercapai hasrat membawa kami sekeluarga ke Kota Suci itu. Kenangan di sana memang sukar diluahkan perasaan rindu yang amat. Dan aku sempat memohon doa menadah tangan meminta petunjuk dari Allah. Aku juga solat Istikharah disana.

Juga jawapan yang aku dapat sama sebelum ini. Aku mula berani melangkahkan diri mengutarakan hasrat aku meminta pendapat pada guru kaunseling. Dia memahami. Apabila aku memberitahu dia, hatiku ada sedikit lega dengan harapan dia akan membincangkan hal ini kepada Cikgu Rozman. Cikgu yang mengendalikan kelas SS. Ternyata guru kaunseling itu benar-benar dalam keadaan sibuk. Dia tak sempat memberitahu cikgu Rozman pada minggu itu. Aku mengerti. Tetapi dia menyarankan aku agar membawa ibu bapaku berjumpa dengan Cikgu Rozman pada hari mengambil kad laporan pelajar.

Pada hari ramah mesra sekolah, aku berjumpa Cikgu Rozman dan guru kelas. Mereka bersetuju dengan pendapat aku. Cikgu Rozman akan membawa masalah aku ini dalam mesyuarat guru SS kelak.

Aku masih ingat. Pagi itu pagi hari Khamis. Kelas aku mengadakan lawatan industri di Pusat Nuklear Malaysia. Dan pagi itu juga Cikgu Rozman memberitahu jawapan mesyuarat. Cikgu Rozman memberitahu bahawa jawapan mesyuarat diputuskan bahawa aku tidak boleh ditukarkan ke kelas lama. Guru-guru SS mempercayai bahawa aku berpotensi untuk berjaya bersama-sama kawan lain. Pagi yang sepatutnya menggembirakan bertukar menjadi sedih apa bila jawapan itu masuk di lorong telingaku. Aku hanya mampu mengatakan terima kasih pada cikgu Rozman kerana mampu menolong aku. Dan aku cuba mengukirkan senyuman walaupun tidak boleh menerima jawapan itu. Di dalam bas, perjalanan ke LI, aku sering memikirkan tentang jawapan itu. Tiba-tiba mataku mengalirkan sungai kecil disebalik pengatahuan kawan-kawanku. Aku takut mereka perasan, lekas aku menyapu air mataku. Aku tak nak mereka tahu.

Hari berlalu demi hari. Aku jumpa cikgu Rozman kembali. Aku katakan bahawa aku tak boleh terima jawapan itu. Minta maaf, Cikgu. Cikgu Rozman meminta aku berjumpa dengan Ustaz Ahmad atas membincang jawapan yang aku peroleh dari solat Istikharah itu. Ustaz ahmad ada menasihati aku, bahawa hidup kita ini tak semestinya apa yang kita sangka baik itu baik dan apa kita sangka buruk itu buruk. Hatiku juga amat mengakui nasihat itu. Allah Taala pernah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud...

"...
boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengatahui, sedang kamu tidak mengatahui"

...Ustaz amat sangat mengharap agar aku tidak menyesal dengan permintaan aku. Ustaz akan menolong aku dalam menyampaikan hasrat aku kepada cikgu Rozman dengan sebaiknya. Ustaz juga berharap pada aku, "walau apa pun keputusan sekolah, kamu tetap kena teruskan pembelajaran kamu, jangan fikir sangat pasal masalah ini dahulu".

Dan buat kali terakhir aku berjumpa dengan cikgu Rozman, pendirian aku tetap tak berubah. Aku yakin sepenuhnya, inilah jawapan yang Allah berikan. Pernah sebelum ini aku merasakan seperti ingin menolak jawapan ini kerana aku tidak mahu menyusahkan guru aku. Banyak masalah yang akan mereka hadapi jika aku membuat pertukaran kelas. Alangkah bagusnya dari awal lagi permintaan aku diterima, tentu kini aku sudahpun berada di dalam kelas 5Awam1 tanpa memikirkan masalah ini lagi. Cikgu Rozman memberi aku tempoh tiga hari untuk aku memikirkan mengenai jawpan itu. Dia tak nak nanti ada sebarang penyesalan.

Tiga hari itu berlalu dengan sangat pantas. Hari ini hari Jumaat. Hari terakhir untuk aku menukar pendirian. Hari ini aku bangun dari 'mati sementara' benar-benar pada awal pagi. Meskipun pada malamnya tidur agak lewat, aku memaksa diri ini hanya semata-mata untuk mengadu dan meminta petunjuk Ilahi dalam menyingkap kesulitan hidup. Dalam solatku aku terlarut dalam bacaan yang banyak menggetar kuatkan hati aku...

Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; "Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!" Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu. Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
( 6:31-32)

Nauzubillah...
Aku meneruskan solat malam aku dengan solat Istikharah. Aku meminta petunjuk dari Allah agar aku dapat jelas dengan jawapan dariNya. Pagi itu, aku sembahyang subuh seperti biasa, berjemaah. Selepas sembahyang kami semua membaca surah yasin, juga berjemaah. Aku terasa mengantok sangat. Apabila baca sahaja dalam sepuluh ayat, aku tertidur dalam bacaan. Berulang-ulang kali aku tertidur dalam bacaan yasin itu. Mungkin badan aku terlalu penat. Dan setiap tidurku aku itu aku bermimpi. Mimpi aku itu agak singkat, dan aku terus terjaga. Ianya berulang dan terus berulang sehingga bacaan yasin dapat diselesaikan. Hebatnya, dalam banyak-banyak mimpi aku itu, tiga kali mimpi aku, aku sedang berada di dalam kelas 5Awam1. Wallahualam.

Pagi persekolahan. Berita perpindahan aku bersebar sedikit demi sedikit. Pelajar kelas aku sering mengutarakan pertanyaan. Boleh dikatakan seperti tidak berkehendak melepaskan aku. Jika hari ini aku tetap dengan pendirian aku, Isnin ini aku boleh terus balajar di kelas 5Awam1. Tetapi aku belum terima sebarang berita kelulusan 100% untuk aku belajar di kelas 5Awam1.

...minta maaf cikgu kerana aku banyak menyusahkan
...minta maaf kawan-kawan aku terpaksa meninggalkan
...saat indah kita bersama tidak pernah aku lupakan.

Aku tetap menunggu jawapan...
Tidak mungkin aku keluar dari kelas itu bermakna aku tidak bersyukur...
Tidak mungkin aku keluar dari kelas itu bermakna aku melarikan dari setiap ujianNya...
Tidak mungkin aku keluar dari kelas itu bermakna aku tidak suka pada rakan-rakan sekelas...
Aku hanya mengikut petunjuk Ilahi...
Jawapan itu datang daripadaNya...
Aku harap kau mengerti makna bicara hati...makna Bicara Cinta...
Dan aku masih menunggu jawapan...

Friday, July 31, 2009

029 Saudara = Diri

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسْ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِه

[رواه البخاري ومسلم]

Terjemah hadits :

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

1. Seorang mu’min dengan mu’min yang lainnya bagaikan satu jiwa, jika dia mencintai saudaranya maka seakan-akan dia mencintai dirinya sendiri.

2. Menjauhkan perbuatan hasad (dengki) dan bahwa hal tersebut bertentangan dengan kesempurnaan iman.

3. Iman dapat bertambah dan berkurang, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.

4. Anjuran untuk menyatukan hati.

028 Tiga Perkara

Ada tiga perkara,yang jika tiga perkara itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, tetapi dia tak mncintainya kecuali kerana Allah; benci utuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Monday, July 27, 2009

027 Hostel Life

Tau tak sume...
Istilah 'Aspura' dan 'Aspuri' yang sering disebutkan sebenarnya telah kian lama disalahgunakan di kebanyakan sekolah berasrama. Pelik. Masalahnya cikgu, warden dan sesetengah pengetua juga turut salah menggunakan istilah 'aspura aspuri' selain para pelajar sendiri. 'Aspura' adalah singkatan bagi penggunaan nama asrama putera. Manakala, 'aspuri' pula singkatan bagi nama asrama puteri. Contoh yang salah penggunaanya..."perhatian kepada semua aspura sila berkumpul di gelanggang bola keranjang sekarang!"kan aspura tu name tempat. Mane mungkin aspura boleh bergerak. Jadi, kepada sesiapa yang terdengar rakan handai tersalah menggunakan istilah tersebut maka perbetulkanlah. Huhu...kesianilah mereka. Jangan pulak sampai istilah ni disebut-sebut oleh mereka yang berkenaan dihadapan pelajar form 1 yang tahu (skolah laen). Kalau dorang yang tegur...tak leh nak cakap ape da. (nta2 dorang plak g bahas ngn bdk f1 uh nty-.-)

Friday, July 10, 2009

026 Indah



Indahnya hidup ini jika kita dapat kecapi apa yang kita impikan, ape yang kita harapkan dan apa yang kita hajatkan. Tetapi sebenarnya hidup ini lebih indah seindah bunga mekar di taman syurga malah lebih indah daripada apa yang kita sangkakan jika kita terima dengan redhanya serta mewarnainya dengan cahaya syukur kepada apa jua ketetapan yang telah Allah takdirkan kepada kita kerana sesungguhnya Allah Maha Mengatahui, amat tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang sentiasa menadah tangan memohon doa, meletakkan sepenuh harapan dan ikhlas semata-mata kepadaNya.

Friday, June 12, 2009

025 Kota Suci


Sungguh

Sukar untuk aku luahkan
rasa rindu pada Kota Suci itu


Sukar untuk ku unggkapkan
sebulat keindahan di Kota Suci itu


Kota yang bisa menyalakan cinta manusia dengan
Cinta Teratas

Kota yang bisa membicarakan manusia dengan
Bicara Cinta

Kota yang bisa menyelimuti manusia dengan
Selimut Rahmat-Nya

Kota yang bisa menyejukkan hati dengan

angin ketenangan

Jauh ku termenung mengingatinya

Fikiran ku kian menitiskan air mata rindu suci


Menuang sepenuh harapan padaMu
agar dapat insan kerdil ini menjejak lagi di Kota Suci itu

Ya Allah ya Ilahi

jadikan lah ziarah aku itu
bukanlah ziarah yang terakhir buatku

agar dapat ku sujud di Kota Suci itu lagi.