. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Pages

Tuesday, November 9, 2010

056 Puasa di bulan Zulhijjah

Puasa pada Sepuluh Pertama Zulhijjah

Dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu anhuma bahwa Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda “Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lbh dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini yaitu Sepuluh hari dari bulan Dzul Hijjah.” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah tidak juga jihad fi sabilillah?” Beliau menjawab “Tidak juga jihad fi sabilillah kecuali orang yg keluar dgn jiwa dan hartanya kemudian tidak kembali dgn sesuatu apapun.”

(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari Rahimahullah)

Dari Umar Radhiyallahu anhuma bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Tidak ada hari yg paling agung dan amat dicintai Allah utk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil takbir dan tahmid.”

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah)


Puasa sunat Hari Arafat

Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.;

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”

(Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda;

“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah”

(Riwayat Imam Muslim)

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;

“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”

(Riwayat Imam Muslim)

Wallahualam...

Monday, November 8, 2010

055 TemanSejati


Teman sejati adalah teman sejati yang dia benar-benar
mahu berteman denganmu bukan kerana
darjatmu tepi kerana kemurniaan cinta itu
sendiri yang tercipta dari keikhlasan hati
mencintaimu kerana Allah.

Dan dengan dasar itu, kau pun boleh
mencintainya dengan penuh keikhlasan kerana
Allah.

Kekuatan cinta kalian akan melahirkan kekuatan
dasyat yang membawa manfaat dan kebaikan.

Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa
ke syurga



Dipetik dari novel yang bertajuk:
Di Atas Sejadah Cinta (Ketika Cinta Berbuah Syurga)

Dikarang Oleh (nukilan sahabat pena) :
Habiburrahman El-Sharizy

Sunday, November 7, 2010

054 Bicara Cinta hanya kamu dan Dia :`)

Punya cerita duka punya cerita luka
itulah namanya arca manusia
punya hati suka namun sakit saat terluka
itulah namanya jiwa manusia
mengukir saat bahagia
menancap waktu sengsara
itulah takdir Cinta Yang Esa
takdir itu mana mungkin menzalimi
tetapi itu tarbiyah Illahi
suka duka sengsara bahagia
nikmat Tuhan buat sang hamba
cuma manusia harus celik menilainya
buat orang muda
acara kamu masih menunggu puncaknya
walau terkadang salah bicara namun Dia tetap Cinta
walau terkadang sasar gayanya
Dia tetap menunggu dirimu berbicara
Bicara Cinta hanya kamu dan Dia
Bicara Cinta agung yang pasti tiada taraNya
berbahagialah orang muda
yang pasti tahu datang dan perginya
hanya disisi Tuhan Yang Esa :`)


nukilan sahabat pena...sungguh sedap puisi ini :)

Saturday, November 6, 2010

053 Nasihat Rasulullah 5 Perkara kepada KITA

Sabda Rasulullah...

"Jauhilah perkara-perkara yang haram wahai saudara, maka saudara akan mendapat kelazatan beribadat kepada Allah swt. Redhalah dengan apa yang Allah anugerahkan kepada saudara maka saudara akan jadi orang yang paling kaya. Lakukanlah satu perkara kepada orang lain sebagaimana saudara suka perkara itu dilakukan kepada saudara maka saudara akan menjadi seorang islam. Berlaku baiklah kepada jiran-jiran, maka saudara akan dapat menjadi seorang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Janganlah saudara banyak ketawa kerana ketawa yang berlebihan boleh menyebabkan hati menjadi mati."
(Riwayat Imam Tarmizi)

Tuesday, November 2, 2010

052 kAyu suGi *second edition*

Second Edition??!
yup...yang nie second edition punya...yang first edition tu aku rase macam sikit sangat isi posting.
On top of that (best nye ayat) patotnye nak bagitau pasal kisah INDAHNYA BERSUGI *kisah realiti yang berlaku pada aku.Tapi terlupa...Sebab tu la wat second Edition.



051 NiCE walLpaper

Salam semua !
Alhamdulillah...bestnye kalau cuti...ari-ari dapat wat posting baru.
tp posting ni nak juz nak tunjuk my wallpaper design terbaru.
Im juz touch up wallpaper yang orang bagi and dapat kt internet je...ni dy



Haha...sorry la...korang penat2 bukak...tp tengok2 wallpaper simple je...wallpaper ni aku da wat wallpaper background ntuk blog xD
Sape-sape nak download wallpaper ni senang je...caranya :
  1. right click mouse
  2. click "save image as"
  3. save dlm komputer korang
lame jugak nak wat wallpaper ni-.- sebabnya...da lama tak pakai Adobe Photoshop. So da kurang mahir nak pakai laju-laju. Guna CS5...tu yg payah sket.

Yang ni gamba asal wallpaper tu:






apa bila dua gamba ini bergabung....maka jadi lah seperti di atas tadi...sesiapa yang mempunyai Adobe Photoshop...boley la cuba try...selamat mencuba xD

Wednesday, October 6, 2010

050 Nilai Kasih Sayang

In The Name Of Allah

Setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi
KernaNya dapat lagi kami merasai nikmat Iman dan Islam
KernaNya dapat lagi kami mengecapi betapa indahnya kasih sayang milik Ar-Rahman Ar-Rahim

Selawat dan Salam keatas kasih Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam
Yang membawa Ad-Din mewarnai dunia dan seisinya dengan penuh Kasih Sayang
Yang mimiliki hebatnya cinta kepada umatnya

Salam sejahtera buat sayang Ummi and Abbi yang berada di Baitullah
Anakmu ini merinduimu =`)

dan

Salam semuanya!

Ummi dan abbi kini sedang mengerjakan Haji dan Umrah. Ummi dan abbi betolak pada 28 Oktober. Alhamdulillah aku dapat ikut serta menghantar ummi dan abbi kat pusat tabung haji, di Kelana Jaya. Sekarang ni tengah cuti sem. Sungguh boring skali bila ummi ngan abbi xde kat rumah.

Dulu, pada 10 tahun yang lalu time ummi ngan abbi pergi haji...kiteorang adek bradik sume nanges mase nak antar ummi ngan abbi kat pusat tabung haji. Pak Long ingatkan kiteorang "ala...nak buat pe nangis...mama abah gi beribadat je...dekatkan diri dengan Allah." Tapi sekarang kiteorang dah tak nangis da. Sebab kiteorang dah besar. Jz kua aer mate sket-sket je. =`) sedeh seh.

Apa-apa pon time ummi ngan abbi xde kat rumah ni kita orang kene mentain rumah kemas, cari makan sendiri, n jage diri sendiri. Mama pesan kat sms sebelum berangkat:
  • Sembahyang fardhu di awal waktu
  • Baca al-Quran
InsyaAllah!


Bismillahirrahmannirrahim...
Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.Amiin Ya Allah



Last things is
once upon a time
since im still young...I always watching barney...barney always told us to share the same love with everyone xD
the songs below had proof it (ntah betul ke x english aku ni....jom tgok)



I love you, You love me, We're a happy family, with a great big hug, and a kiss from me to you, Won't you say you love me too! I love you, You love me, We're best friends like friends should be, With a great big hug, And a kiss from me to you, Won't you say you love me too.