. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Pages

Wednesday, December 30, 2009

040 Susunan Cinta

Aku hela nafas tenang
Memohon maaf kesilapan diri
Yang terlintas di alam maya ini
Yang terlahir di atas tulisan aku ini

Dalam mengintai diri yang masih dibanjiri kelesuan
Aku cuba memacak bendera hati di puncak harapan
Aku cuba menyusun pengalaman diri di Perhiasan Kasih
Aku patuh, tunduk dan sujud hanya pada-Mu Wahai Pemilik Hati

Wahai sahabat
Izinkan aku meluahkan perasaan hati ini
Luahan yang mungkin bisa dibuat renungan oleh dirimu
Luahan yang mungkin bisa membuatmu mengambil berat terhadap hati ini
Untuk diberi bisikan nasihat
Luahan yang mungkin bisa diibaratkan olehmu seperti habuk yang ditiup angin
Malah tidak memberi sebarang manfaat kepada sesiapa pun di dunia ini
Luahan yang mungkin bisa memberi kesedaran pada hati ini sendiri
Dan mungkin membari kesedaran kepada hatimu jua

Dari jauh
Kelihatan kelibat hitam disebalik jendela hati
Menjadikan hati ini kian merasa gelisah
Menjadikan hati ini kian sengsara
Aku meniti dari mana asal-usulnya
Mendekati diri tanpa aku sedari
Menghantui diriku menjadikan aku makin lesu
Memalapkan cahaya yang kian indah tersinar
Menyalakan wawasan duniawi dalam diri ini

Kehidupan ini aku ibaratkan seperti lilin
Lilin yang membakar dirinya
Nyalaan itu nyawanya
Lilin itu pula wajah usianya
Dari mula cahaya dinyalakan
Sedikit demi sedikit cahaya itu memakan lilin
Sehinggalah...
Lama-kelamaan cahaya lilin itu tetap akan terpadam
Mungkin cahaya itu terpadam kerana lilin itu mula surut ke bumi
Mungkin belum sempat ia surut tapi ditiup angin disekelilingnya
Dan mungkin juga diganggu oleh sesuatu sehingga menyebabkan ianya terpadam
Begitulah nyawa manusia
Bisa meninggal dunia kerana usia tua
Bisa meninggal dunia pada bila-bila usia
Maka ini, pintu taubatNya masih terbuka luas
Kerana kematian itu datang tanpa memberitahu

Wahai sahabat
Aku ini bukanlah seperti apa yang kau sangkakan
Sejauh mana engkau mentafsir diri aku
Sejauh itu aku merasa ragu padamu
kerana...
setelah lama aku memegang nama sebagai manusia
aku juga sendiri sering mentafsir sahabatku yang lain
tapi...itu semua ditegah
itu semua dilarang ibu bapaku
itu semua dilarang oleh pendidik diriku ini
dan saat ini aku tahu kenapa dan mengapa
pastinya engkau juga akan tahu jawapan itu kelak

Sahabat
Kata-kata yang aku susun ini pastinya bukan untuk dirimu sahaja
Ia adalah suatu yang menjadi pegangan hidupku jua.
Dan andai kata aku menitiskan titik hitam pada kehidupan
aku pohon padamu
kau sebagai sahabatku
bantuilah aku
nasihatilah aku
tergurilah aku
pimpinlah aku
janganlah engkau membiarkan aku menitiskan lebih banyak titik hitam di dalam kehidupan ini
dan pastinya
akan aku lebih bahagia
andai dirimu membawa namaku
dalam iringan doamu

terima kasih sahabat

Monday, December 28, 2009

039 Cubaan 1


Cubaan penggunaan Adobe Photoshop CS3
Image 1 berubah kepada Image 2


Image 1



Image 2

Wednesday, December 23, 2009

038 Kembali

...Bismillah...
...Alhamdulillah...
.Masa yang diperuntukkan ini akan aku gunakan sebaiknya untuk meneruskan diri menegakkan kalimah BicaraNya.


Sebenarnya aku masih dalam suasana kesibukan yang nyata...cewah~
Abang sulungku akan menjadi raja sehari pada- 27 haribulan...
- 26 haribulan belah perempuan (kelana Jaya)
- 25 Akad Nikah
- (ini da lebih dari raja sehari...huhu-.-)



=)
Disini aku sertakan kad jemputan buat kalian...
Semua pembaca blog ni dijemput untuk memeriahkan Walimatul Urus ini...
Secara tak langsung, boleh kita rapatkan ukhuwah sesama kita... =)
Takyah segan-segan...datang je...



Itu jelah post ntuk ari ni...
Sesiapa yang x berkesempatan datang...takpe je.
Bukan hamba yang kawen...huhu
Pohon sekalung doa dari kalian agar:
  • Walimatul Urus ni berjalan dengan lancar
  • Makanan yang disediakan cukup ntuk para tetamu yang hadir...hehe
  • Cuaca yang baik
Sekian...jazakAllahuKhoir...wasalam :)



Monday, August 31, 2009

037 Rehat Sebentar bersama Kejayaan

Salam Muhibbah
Salam Ukhuwah
Salam Ramadhan
Salam Raya...eh..raya? yup...sebab post ni...walaupun ditulis di dalam ramadhan...tetapi akan digunakan sehinggalah hari raya. Memandangkan SPM semakin hampir, penulis berhasrat untuk berhenti seketika posting blog "~ Mohon maaf atas segala hitam yang tertitis ataupun tertumpah di alam maya ini, kesalahan kecil atau pun besar, zahir mahupun batin. Diri yang kerdil ini menagih dari antum sekalung doa agar ana berjaya menempuhi setiap ujian dariNya (success spm!) serta tsabat melalu jalanNya. Teruskan usahamu dalam mengikat cinta dengan Cinta Ilahi di bulan yang penuh dengan RahmatNya, semoga dapat menjadi bekalan untuk bulan-bulan yang mendatang serta, dunia dan akhirat kelak. Syukran Kasiran, Jazakallahukhair, Maassalaamah wa Ilaliqa', Wassalamualaikum Warahmatullahhi Ta`ala wa Barakaatuh.


huhu...bagi kat raya dulu lah (".)

036 Doa untukmu Palestin, Saudaraku SeAkidah

اللهم ارجع فلسطين لاهلها وانصر اخوننا في غزه وارحم شهدائنا في غزه وثبتهم واعطهم العزيمه والصمود اللهم امين اللهم عليك باليهود ولا تبقي منهم عددا الله
امين يا الله

امين يا الله


Sunday, August 30, 2009

035 Mudah Kau Ketemui

Pilihan hati

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya.

Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..
Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung

Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.

“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Copy paste from:
http://mujahadah.wordpress.com

Thursday, August 27, 2009

034 Saudaraku, Allah Bersamamu Sentiasa!

Petikan ini diambil dalam blog Ustaz Zahazan:
click di sini

Menurut Ibn Qayyim dlm kitab Zad al-Ma'ad, musibah yg berlaku boleh diringankan dgn cara2 di bwh :

1. Mengikut petunjuk Allah dan mengikhlaskan ibadah nya kpdNya.

2. Mencari ilmu yg syar'iy.Jika membaca di internet sahaja tidak memadai.Mesti mendampingi para asatizah yg dapat membimbing.

3. Bertaubat dari dosa2, mempersembahkan diri dgn sebenar2nya kpd Allah.

4. Mengamalkan zikir secara berterusan dlm semua kondisi kerana zikir ini mempunyai kesan yg sgt menakjubkan, menghilangkn kedukaan dan perasaan bimbang.

5. Berbuat baik kpd semua makhluk krn berbuat baik menybbkan dada kita lapang.Dengar cd Petua menjadi insan paling ceria oleh Dato Dr Mohd Fadzila Kamsah

6. Melakukan mujahadah utk mengikis sifat2 negatif

7. Jangan berlebihan dlm sesuatu urusan seperti memandang, berbicara,mendengar makan dan bergaul.Dengannya akan mnybbkan seseorg menikmati hati yg lapang serta jauh dari perasaan sempit dada.

8. Menyibukkan diri dgn kegiatan ilmu dan aktiviti2 yg bermanfaat.

9. Memikirkan ttg pencapaian hari ini tanpa menyusahkan diri dgn peristiwa2 sedih yg belaku pada masa lampau atau kebimbangan2 akan dtg.

10. Melihat orang2 yg kurang bernasib baik dlm hal2 kewangan dan kesihatan serta rezki.

11. Melihat ujian secara objektif bagaimana utk meneylesaikannya.

12. Kuatkan semngt agar tidak dikuasai oleh angan2 dan khayalan yg timbul dari pemikiran2 buruk.

13. Menyerahkan setiap urusan kpd Allah, berbaik sangka dlm ketetapan qadha` dan qadarNya

14. Orang yang berakal tahu bahawa kehidupan org yg beriman sebenarnya terletak pada kebahagian dan ketenangan.Kehidupan itu bersifat sebentar, maka tentulah amat merugikan jika ia dipenuhi dengan perasaan sedih.

15. Apabila ditimpa kesusahan, hendaklah dia memikirkan ttg kenikmatan yang telah dinikmatinya selama ini.Pada waktu itu dia akan menyedari betapa banyaknya nikmat yg di perolehi selama ini.Dengan itu dia akan lebih tabah menghadapi kesusahnnya.

16. Kalau seseorg menyakitinya dengan sesuatu cara, hendaklah dia meyakini bahawa kejahtannya itu tidak akan memudharatkannya sama sekali melainkan dgn izin Allah.Kemudharatan itu hanya akan memudharatkan yg empunya dirinya sahaja.

17. Hendaklah mengharapkan balasan daripada Allah dlm segala gerak kerja yg dilakukan,bukannya mengharp daripada manusia kerana jika mengaharp dari manusia semata2 kita akan rasa tak dihargaai.

18. Memikirkan ttg perkara2 yg memberi manfaat, dan berusaha merealisasikannya bukan terlalu banyak berfikir secara negative yg boleh mengekang dari berjaya.

19. Memberi sepenuh concentration pada apa yg sedang dilakukan sehingga membuahkan hasil yg paling maksimum.

20. Hendaklah menghargai nikmat persaudaraan, perkahwinan dan persahabatan,Janganlah dicari2 kelemahan pihak yg lain,nanti kita akan kecewa.Jangan terlalu perfectionistlah.Jangan sibuk menghitung aib org lain.Lihat secara objektif dan bincangkan dengan hikmat agar terbit penyelesaian yang mendtgkan keharmonian dlm keluarga.Tanganilah dgn hikmah, nanti ada umur dan kesempatan kita akan bincangkan perselisihan yg pernah berlaku antara dgn para isteri dan bagaimana menyelesaikannya bila kena pada surahnya.Firman Allah dlm hubungan suami isteri cthnya, surah al-Nisa` ayat 19-20 :Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata?

21. Banyakkan berdoa supaya dikurniakan kebaikan dlm segala urusan dunia.

22. Berjihad pada jalan Allah.

Wednesday, August 26, 2009

033 5 Ramadhan

Tarikh Lahirku

Kelender Masihi: 9 Mac 1992
Kelender Islam : 5 Ramadhan 1412

Umur Masihi: 17
Umur Islam: 18 :D

Kalau semua orang sambut tarikh lahir satu tarikh...aku sambut tarik lahir dua tarikh. tak sangka. da 18 tahun aku sebenarnya. siapa nak tau dalam kelender Islam dia lahir bila masuklah laman web nie...

http://www.islamicity.com/PrayerTimes/defaultHijriConv.asp

Mak aku pernah cerita...time lahirkan aku, sebelum tu mak aku pun puasa. dalam banyak2 adek-bradik aku...aku sorang je yang lahir time bulan nie...habis hampir satu bulan mak aku kene ganti puasa...Love you Mama!!

Gembira?! tak!..walaupun hari ni hari jadi aku...aku susah nak ungkapkan kegembiraan. Masih ramai orang yang sambut tarikh lahir dalam kesedihan. Serba kekurangan. Aku sedih sangat. Hanya Allah sahaja yang tau betapa sedih hati ini. Dan aku berharap hari ini dapat menjadi hari untuk aku muhasabah diri aku.

Monday, August 24, 2009

032 Kawan Karib

Salam Ramadhan.
Sebenarnya aku dah lama nak posting tentang salah satu kawan karib aku ini. Di dunia yang luas ni aku dikurniakan ramai kawan karib. Tapi yang satu ni adalah yang paling aneh diantara yang lain. Istimewa sangat. Tapi aku pelik. Seramai-ramai manusia kat dunia ni, hanya segelintir je yang nak jadikan dia sebagai kawan karib. Diorang tu rugi sangat. Sebab aku dapat rasa penuh nikmat dapat kawan karib macam dia ni.

Apa taknya, bila pertama kali kami berjumpa,
aku dapat kenal siapa sepatutnya diri aku yang sebenarnya.

Darjatnya amat tinggi disudut sisi aku.

Dia pendiam, tetapi apabila berbicara,
bicaranya penuh dengan pembicaraan manis semanis kurma.

Tidak pernah berhenti memberi cahaya kepada diriku dan orang sekelilingnya.

Bila kami berjumpa, aku dapat merasakan ketenangan yang amat bahagia.

Kalau boleh, kemana sahaja aku pergi, aku ingin dia bersama di sisi.

Jika sehari aku tak berkesempatan melihatnya, hidup aku rasa seperti satu kekosongan.
Pasti rindu aku padanya penuh berbunga-bunga.

Aku langsung tak pernah terlintas untuk berpisah denganya.

Kerana dia sungguh sempurna.

Sungguh sempurna.

Tatkala kesunyian, aku lebih gemar bersama dia.

Tatkala kelapangan, aku lebih gemar bersama dia.

Tatkala rasa gembira, aku lebih gemar bersama dia.

Tatkala kesedihan, aku lebih ingin dia merapati diriku,
kerna dia bisa memujuk diriku tenang.

Pastinya, aku akan cuba sedaya upaya untuk setia bersamanya sehingga nafas terakhirku.

Pasti semua nak tau siapa rakan karibku. Rakan karibku itu diberi gelaran Al-Furqan dan banyak lagi nama-nama gelarannya. Di bulan ramadhan ini aku cuba untuk lebih rapat dengannya. Dan padaMu Ilahi, aku memohon agar Kau jadikan hatiku ini celupan Al-Furqan agar aku dapat memisahkan yang Haq dan Batil di alam maya mahupun di alam nyata, dan menjadi cahaya sewaktu aku berada di alam perkuburan nanti dan alam akhirat sana. Dan aku pinta pada ikhwah dan sahabat sekalian agar mendoakan agar aku tsabat diJalanNya sehingga aku menghelakan nafas terakhirku. Amiin.

Sunday, August 23, 2009

031 Di celah Kesucian

Di Hujung Kota Indah, Kepong tatkala melahirkan rasa syukur keatas Ilahi, aku dan kamu masih diberi kesempatan memasuki gerbang Ramadhan al-Mubarak. Sesungguhnya hidup ini penuh dengan dugaan dan hikmah dariNya. Jangan sesekali pernah kita menyalahkan takdir yang selalu menyingkap hidup ini walaupun takdir itu pahit untuk kita terima. Sungguh, firman Allah ta`ala


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً . إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(ash-Syarh 5-6)

Salam Ramadhan
Moga kita bersama-sama merebut pahala dan ganjaran yang telah dijanjikan
Moga malam Lailatul Qadar dapat kita temui
WaSalam

Friday, August 14, 2009

030 Jawapan

...Hari ini aku bangun dari 'mati sementara' benar-benar pada awal pagi. Meskipun pada malamnya tidur agak lewat, aku memaksa diri ini hanya semata-mata untuk mengadu dan meminta petunjuk Ilahi dalam menyingkap kesulitan hidup.

Tahun ini aku berhadapan dengan penuh duri ujian dan kekeliruan di sudut hati. Di hujung benak sanubariku hanya ada Allah sebagai tujuan dan harapan. Tatkala diiringi dengan petunjuk dari ibu bapa dan teman yang tak pernah berhenti membisik kata nasihat agar aku terus kuat menghadapi hitam putih kehidupan.

"Tingkatan lima!". Pembicaraan itu sangat berkait-rapat dengan ujian besar di seluruh Malaysia. Sijil Pelajaran Malaysia. Ujian yang bisa menempatkan aku dan sahabat handai di merata-rata tempat. Semestinya untuk memperluaskan ilmu Allah dan melangkahkan kaki sehingga ke menara gading.

Pada awal tahun persekolahan aku di maktab tercinta, SM Teknik Kuala Selangor, aku telah ditempatkan di kelas 5Awam1. Kelas penuh dengan keceriaan. Di situlah aku cuba meletakkan diri aku untuk mendapat kedudukan selesa yang sebaik mungkin. Pada peringkat awalnya, aku tidak dapat menyesuaikan diri untuk berada di kelas itu. Mungkin kerana aku terpaksa berpisah kelas dengan sahabat-sahabatku tahun lepas setelah setahun mengharungi perjuangan bersama di kelas 4Awam2. Tapi aku tetap cuba bertahan. Semangat peringkat awal di tingkatan lima tidak pernah melenturkan rasa diri aku untuk terus belajar di kelas itu. Alhamdulillah dengan izin Allah aku bertambah gembira dan selesa berada di kelas itu sepenuhnya. Sejujurnya, lama-kelamaan rakan-rakan di kelas itu aku dapat merasakan mereka seperti adik-beradik.

Hari demi hari, detik demi detik, semuanya berlalu dengan pantas. Ujian setara 1 di sekolah kami dicepatkan gara-gara penubuhan Kelas Super Score 2009. Kelas yang meletakkan pelajar-pelajar cemerlang dari setiap jurusan. Kelas ini bersistem. Kelas ini hanya terhad kepada 20 pelajar sahaja. Dijanji keselesaan penuh kepada setiap pelajar. Guru, AirCond, WaterHeater, dan macam-macam. Ujian pun berjalan. Bila mana ujian itu selesai, kami sekelas melepas lega dan kini hanya mampu berdoa dan bertawakkal saja.

Kini tiba keputusan pelajar-pelajar yang tersenarai dalam Kelas Super Score. Satu-satu nama pelajar dipanggil. Aku amat terkejut apabila nama aku turut sama tersenarai. Bermakna kini aku terpaksa berpisah dengan kawan kelas aku lagi. Macam-macam fikiran menghantui aku. Perasaan bangga dari bisikkan syaitan awal-awal aku tepis. Astaghfirullah. Aku amat merindui kawan kelas aku. Aku amat merindui saat ikatan ukhuwah itu terikat simpul mati.

Kelas pun bermula. Pada awalnya aku tidak dapat tumpu sepenuh perhatian di kelas itu. Aku terlibat dengan pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya. Banyak masa P&P aku terbuang begitu saja kerana dalam usaha menyiapkan dokumen-dokumen pertandingan dan persediaan membentangkan EAK di hadapan pihak hakim. Tetapi atas kehendakNya, aku dan peserta EAK yang lain tidak dapat mengaut apa-apa kemenangan. Kami redha.

Kelas berjalan seperti biasa. Sedikit demi sedikit kemudahan untuk kelas bertambah. Mula-mula makanan, kemudian, cat kelas, aircond waterheater dan sebagainya. Guru-guru menaruh harapan agar pelajar SS ini dapat menaikkan nama sekolah kelak. Aku cuba menguatkan diri belajar bersungguh-sungguh.

Hati aku mula rasa tak sedap. Aku cuba mencari puncanya. Tidak jua aku temui. Hari-hari yang mendatang kian membuatkan hati aku meronta malah hati aku merasakan bahawa kelas lama lebih baik untukku. Aku rasa seperti aku nak pindah keluar dari kelas SS. Aku membicarakan rasa ini pada bonda tercinta. Bondaku seru agar aku mencari jawapan ini daripada Ilahi iaitu solat Istikharah. Aku pun membuat Qiammulai untuk mencari jawapan itu. Selainku selitkan solat Istikharah di dalam ibadah malamku, juga ku tidak lupa solat tahajjud dan solat witir sebagai penutup.

Selang hari aku bangun malam, lama kelamaan aku tergerak hati untuk memilih jawapan kembali ke kelas lama. Pernah kudengar, jawapan Istikharah, jika tidak melalui mimpi, Allah akan menunjukkan melalui hati. Hati aku benar-benar merasakan jawapannya kembali ke kelas lama. Aku beritahu pada bondaku kembali. Bondaku menyatakan bahawa dia ikut sahaja kehendakku asalkan aku memikirkan keputusan itu masak-masak. Dan bondaku sarankan agar aku melakukan Istikharah lagi di Kota Suci Mekah dalam mengerjakan ibadah umrah.

Aku hampir membatalkan hasrat aku apabila guru kesayangan aku memberi kata-kata nasihat kepadaku supaya aku tidak berpindah, sebelum aku berangkat ke Kota Suci. Aku mula keliru. Guru itu menasihatiku agar aku patut bersyukur dapat kemudahan belajar di kelas SS.

Alhamdulillah syukurnya bonda dan ayahandaku tercapai hasrat membawa kami sekeluarga ke Kota Suci itu. Kenangan di sana memang sukar diluahkan perasaan rindu yang amat. Dan aku sempat memohon doa menadah tangan meminta petunjuk dari Allah. Aku juga solat Istikharah disana.

Juga jawapan yang aku dapat sama sebelum ini. Aku mula berani melangkahkan diri mengutarakan hasrat aku meminta pendapat pada guru kaunseling. Dia memahami. Apabila aku memberitahu dia, hatiku ada sedikit lega dengan harapan dia akan membincangkan hal ini kepada Cikgu Rozman. Cikgu yang mengendalikan kelas SS. Ternyata guru kaunseling itu benar-benar dalam keadaan sibuk. Dia tak sempat memberitahu cikgu Rozman pada minggu itu. Aku mengerti. Tetapi dia menyarankan aku agar membawa ibu bapaku berjumpa dengan Cikgu Rozman pada hari mengambil kad laporan pelajar.

Pada hari ramah mesra sekolah, aku berjumpa Cikgu Rozman dan guru kelas. Mereka bersetuju dengan pendapat aku. Cikgu Rozman akan membawa masalah aku ini dalam mesyuarat guru SS kelak.

Aku masih ingat. Pagi itu pagi hari Khamis. Kelas aku mengadakan lawatan industri di Pusat Nuklear Malaysia. Dan pagi itu juga Cikgu Rozman memberitahu jawapan mesyuarat. Cikgu Rozman memberitahu bahawa jawapan mesyuarat diputuskan bahawa aku tidak boleh ditukarkan ke kelas lama. Guru-guru SS mempercayai bahawa aku berpotensi untuk berjaya bersama-sama kawan lain. Pagi yang sepatutnya menggembirakan bertukar menjadi sedih apa bila jawapan itu masuk di lorong telingaku. Aku hanya mampu mengatakan terima kasih pada cikgu Rozman kerana mampu menolong aku. Dan aku cuba mengukirkan senyuman walaupun tidak boleh menerima jawapan itu. Di dalam bas, perjalanan ke LI, aku sering memikirkan tentang jawapan itu. Tiba-tiba mataku mengalirkan sungai kecil disebalik pengatahuan kawan-kawanku. Aku takut mereka perasan, lekas aku menyapu air mataku. Aku tak nak mereka tahu.

Hari berlalu demi hari. Aku jumpa cikgu Rozman kembali. Aku katakan bahawa aku tak boleh terima jawapan itu. Minta maaf, Cikgu. Cikgu Rozman meminta aku berjumpa dengan Ustaz Ahmad atas membincang jawapan yang aku peroleh dari solat Istikharah itu. Ustaz ahmad ada menasihati aku, bahawa hidup kita ini tak semestinya apa yang kita sangka baik itu baik dan apa kita sangka buruk itu buruk. Hatiku juga amat mengakui nasihat itu. Allah Taala pernah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud...

"...
boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengatahui, sedang kamu tidak mengatahui"

...Ustaz amat sangat mengharap agar aku tidak menyesal dengan permintaan aku. Ustaz akan menolong aku dalam menyampaikan hasrat aku kepada cikgu Rozman dengan sebaiknya. Ustaz juga berharap pada aku, "walau apa pun keputusan sekolah, kamu tetap kena teruskan pembelajaran kamu, jangan fikir sangat pasal masalah ini dahulu".

Dan buat kali terakhir aku berjumpa dengan cikgu Rozman, pendirian aku tetap tak berubah. Aku yakin sepenuhnya, inilah jawapan yang Allah berikan. Pernah sebelum ini aku merasakan seperti ingin menolak jawapan ini kerana aku tidak mahu menyusahkan guru aku. Banyak masalah yang akan mereka hadapi jika aku membuat pertukaran kelas. Alangkah bagusnya dari awal lagi permintaan aku diterima, tentu kini aku sudahpun berada di dalam kelas 5Awam1 tanpa memikirkan masalah ini lagi. Cikgu Rozman memberi aku tempoh tiga hari untuk aku memikirkan mengenai jawpan itu. Dia tak nak nanti ada sebarang penyesalan.

Tiga hari itu berlalu dengan sangat pantas. Hari ini hari Jumaat. Hari terakhir untuk aku menukar pendirian. Hari ini aku bangun dari 'mati sementara' benar-benar pada awal pagi. Meskipun pada malamnya tidur agak lewat, aku memaksa diri ini hanya semata-mata untuk mengadu dan meminta petunjuk Ilahi dalam menyingkap kesulitan hidup. Dalam solatku aku terlarut dalam bacaan yang banyak menggetar kuatkan hati aku...

Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; "Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!" Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu. Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
( 6:31-32)

Nauzubillah...
Aku meneruskan solat malam aku dengan solat Istikharah. Aku meminta petunjuk dari Allah agar aku dapat jelas dengan jawapan dariNya. Pagi itu, aku sembahyang subuh seperti biasa, berjemaah. Selepas sembahyang kami semua membaca surah yasin, juga berjemaah. Aku terasa mengantok sangat. Apabila baca sahaja dalam sepuluh ayat, aku tertidur dalam bacaan. Berulang-ulang kali aku tertidur dalam bacaan yasin itu. Mungkin badan aku terlalu penat. Dan setiap tidurku aku itu aku bermimpi. Mimpi aku itu agak singkat, dan aku terus terjaga. Ianya berulang dan terus berulang sehingga bacaan yasin dapat diselesaikan. Hebatnya, dalam banyak-banyak mimpi aku itu, tiga kali mimpi aku, aku sedang berada di dalam kelas 5Awam1. Wallahualam.

Pagi persekolahan. Berita perpindahan aku bersebar sedikit demi sedikit. Pelajar kelas aku sering mengutarakan pertanyaan. Boleh dikatakan seperti tidak berkehendak melepaskan aku. Jika hari ini aku tetap dengan pendirian aku, Isnin ini aku boleh terus balajar di kelas 5Awam1. Tetapi aku belum terima sebarang berita kelulusan 100% untuk aku belajar di kelas 5Awam1.

...minta maaf cikgu kerana aku banyak menyusahkan
...minta maaf kawan-kawan aku terpaksa meninggalkan
...saat indah kita bersama tidak pernah aku lupakan.

Aku tetap menunggu jawapan...
Tidak mungkin aku keluar dari kelas itu bermakna aku tidak bersyukur...
Tidak mungkin aku keluar dari kelas itu bermakna aku melarikan dari setiap ujianNya...
Tidak mungkin aku keluar dari kelas itu bermakna aku tidak suka pada rakan-rakan sekelas...
Aku hanya mengikut petunjuk Ilahi...
Jawapan itu datang daripadaNya...
Aku harap kau mengerti makna bicara hati...makna Bicara Cinta...
Dan aku masih menunggu jawapan...

Friday, July 31, 2009

029 Saudara = Diri

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسْ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِه

[رواه البخاري ومسلم]

Terjemah hadits :

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

1. Seorang mu’min dengan mu’min yang lainnya bagaikan satu jiwa, jika dia mencintai saudaranya maka seakan-akan dia mencintai dirinya sendiri.

2. Menjauhkan perbuatan hasad (dengki) dan bahwa hal tersebut bertentangan dengan kesempurnaan iman.

3. Iman dapat bertambah dan berkurang, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.

4. Anjuran untuk menyatukan hati.

028 Tiga Perkara

Ada tiga perkara,yang jika tiga perkara itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, tetapi dia tak mncintainya kecuali kerana Allah; benci utuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Monday, July 27, 2009

027 Hostel Life

Tau tak sume...
Istilah 'Aspura' dan 'Aspuri' yang sering disebutkan sebenarnya telah kian lama disalahgunakan di kebanyakan sekolah berasrama. Pelik. Masalahnya cikgu, warden dan sesetengah pengetua juga turut salah menggunakan istilah 'aspura aspuri' selain para pelajar sendiri. 'Aspura' adalah singkatan bagi penggunaan nama asrama putera. Manakala, 'aspuri' pula singkatan bagi nama asrama puteri. Contoh yang salah penggunaanya..."perhatian kepada semua aspura sila berkumpul di gelanggang bola keranjang sekarang!"kan aspura tu name tempat. Mane mungkin aspura boleh bergerak. Jadi, kepada sesiapa yang terdengar rakan handai tersalah menggunakan istilah tersebut maka perbetulkanlah. Huhu...kesianilah mereka. Jangan pulak sampai istilah ni disebut-sebut oleh mereka yang berkenaan dihadapan pelajar form 1 yang tahu (skolah laen). Kalau dorang yang tegur...tak leh nak cakap ape da. (nta2 dorang plak g bahas ngn bdk f1 uh nty-.-)

Friday, July 10, 2009

026 Indah



Indahnya hidup ini jika kita dapat kecapi apa yang kita impikan, ape yang kita harapkan dan apa yang kita hajatkan. Tetapi sebenarnya hidup ini lebih indah seindah bunga mekar di taman syurga malah lebih indah daripada apa yang kita sangkakan jika kita terima dengan redhanya serta mewarnainya dengan cahaya syukur kepada apa jua ketetapan yang telah Allah takdirkan kepada kita kerana sesungguhnya Allah Maha Mengatahui, amat tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang sentiasa menadah tangan memohon doa, meletakkan sepenuh harapan dan ikhlas semata-mata kepadaNya.

Friday, June 12, 2009

025 Kota Suci


Sungguh

Sukar untuk aku luahkan
rasa rindu pada Kota Suci itu


Sukar untuk ku unggkapkan
sebulat keindahan di Kota Suci itu


Kota yang bisa menyalakan cinta manusia dengan
Cinta Teratas

Kota yang bisa membicarakan manusia dengan
Bicara Cinta

Kota yang bisa menyelimuti manusia dengan
Selimut Rahmat-Nya

Kota yang bisa menyejukkan hati dengan

angin ketenangan

Jauh ku termenung mengingatinya

Fikiran ku kian menitiskan air mata rindu suci


Menuang sepenuh harapan padaMu
agar dapat insan kerdil ini menjejak lagi di Kota Suci itu

Ya Allah ya Ilahi

jadikan lah ziarah aku itu
bukanlah ziarah yang terakhir buatku

agar dapat ku sujud di Kota Suci itu lagi.

Friday, May 29, 2009

024 meniti Lambaian Ka`bah

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku lihat...
Jarum saat masih istiqamah bergerak sedikit-demi-sedikit membuka langkah membina jalan buat teman bergelar minit dan jam. Meskipun kecil tidak berdaya, pergerakannya amatlah bermakna Setiap tanggungjawab yang dilaksanakan amat sempurna. Tidak pernah menghadirkan rasa penat dan lelah didalam diri. Memaksa diri sehingga menjadi petunjuk diseluruh pelusuk bumi. Aku tenang memikirkannya.

Alhamdulillah, cuti ini amat bermakna bagi aku. Akhirnya masanya telah tiba. Aku dapat merasa bahawa lambaian Ka`abah itu benar-benar ditujukan khas buat aku dan sekeluarga. Alhamdulillah, atas limpah rezeki yang Kau kurniakan. Aku menuang harapan kepadaMu agar dapat menjejak bumi suci dengan selamatnya.

Doakan kami sekeluarga selamat perjalanan pergi balik dan mendapat umrah mabrur.

Saturday, May 23, 2009

023 Sahabat

Sahabat

Bermula dari sebuah pertemuan

Hadirnya bicara perkenalan

Saat itu

Nyalalah sebuah cahaya persahabatan

Mekar mewarnai kehidupan

Hari meniti hari

Cahaya persahabatan itu kian terang

Dalam menjalani perjuangan bersama

Cahaya itu kian indah dilihat

Seringkali juga kelihatan seperti bintang

Yang tidak kurang anggunnya berkelipan menerangi kegelapan

Tapi kadang-kala cahaya itu kian malap

Kehadiran duri ujian

Detik ini

Perlu dihadirkan rasa berhati-hati di hati

Bila-bila sahaja cahaya itu mungkin terpadam

Bisa mungkin cahaya itu terpadam sementara

Dan bisa mungkin terpadam untuk selamanya

Milik diri perlulah berjaga

Persahabatan yang dibina indah terselah

Sememangnya sukar untuk dicari

Sahabat Terima Kasih atas segalanya

Sering kau membawa aku jauh lari dari kegelapan

Meminpinku menemui kecerahan hidup

Sering kau mengajak diri memikir, mentafsir

Dalam diri menemui kesusahan

Kau hadir memberi pertolongan

Kau selit doa untukku dalam doamu

Kau membisik semangat untukku terus berdiri


Sahabat TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA


Friday, May 22, 2009

022 Selimut Rahmat-Nya

Sesungguhnya aku hanya mahu berlindung di dalam selimut Rahmat-Mu. Yang mampu mendinginkan akal fikiran serta tubuhku. Dan tak pernah sekali aku mahu keluar dari selimut itu kerana kesejukan diluar itu mampu menggoyahkan sarafku lalu aku cenderung ke arah kepanasan neraka-Mu.

Sunday, May 17, 2009

021 Bidadari & Penghuni Syurga

wahai kakakku

kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?

asyik berteman tangis dan sendu sahaja

wahai adikku

bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya

tetapi disitulah wahai adikku

kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki

menjadi Izzah yang paling gah

bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki

kerana sendu rayunya

Musa A.S terselamat daripada kekejaman firaun

duhai adikku

lembut wanita itu bukan lemah

tetapi senjata

namun wahai kakakku

wanita itu fitnah dunia

pernahkah adikku dengar

pesanan Ilahi pada hambaNya?

wahai lelaki-lelaki yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu

cuba adik nilai

pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?

pada hamba yang bergelar Ar-rijal

kerana andai si lelaki menjaga pandangannya

maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya

dan, tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita

bukan fitnah semata-mata jikalau Ar-rijal dan An-nisa` sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu

sesungguhnya wanita beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh

tetapi kakakku

kenapa wanita itu menjadi peragaan?

tidakkah mereka merasa malu?

wahai adikku sayang

Al-haya`(sifat malu)

ada dalam diri setiap insan

wujudnya seiring dengan nafas insani

dan Al-haya` itulah pakaian iman

pada diri wanita itu indah Al-haya` sebagai pembenteng diri

namun

bila mana Al-haya` itu lebur

imannya runtuh

kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?

kerena mereka sebenarnya paranoid

merasakan diri belum cukup menarik

mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi

namun adikku

wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu

wahai adikku

1001 keindahan penciptaan wanita

pandai-pandailah dikau memilih

antara permata dan debu-debu kilauan pasir

wahai adikku

janganlah adik gusar

tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu

dan jangan engkau sesekali merendahkan dirimu

menggugurkan diri..menyembah tanah...

sedangkan sebenarnya engkau telah Allah jadikan

begitu tinggi martabatmu..wahai adikku..





Thursday, May 7, 2009

020 Jangan Berhenti - Ruffedge

Sememangnya kita sering dilanda dengan pertanyaan, bagaimana untuk maju ke hadapan jika kita asyik duduk dalam kegelapan. Sememangnya akan ada yang iri hati dengan kita. Cuba menjatuhkan oh dengan harapan agar kita tidak kan bertemu kejayaan.

Pernah dulu ku rasakan hampir hilang semua. Bersaing dengan gelap kegagalan. Kecewa dan sedih jadi teman. Ku pasti inilah lumrah di dalam kehidupan. Menangis sebelum kita ke depan.


Tapi kini…

Ku rasakan bagaikan sinar yang terang dari langit yang dipancarkan ke bumi. Jauh daripada rasa sepi. Perasaan, inginku berpijak lebih tinggi dan meneruskan perjuangan ini. Janganlah kita berhenti di sini.

Sebenarnya diri kita mempunyai cita-cita. Jika putus asa maka takkan rasa bagaimana terangnya hidup bila berjaya. Kalau kita asyik terus mendengar kata yang tak tulus. harus kita ambil semua serius jika tidak masa depan kita kan terhapus.

Masih ada ruang kita bergerak bebas. Mencari-cari apa yang telah hilang. Oh kita ada bersama hingga kini. Tetap sabar, terima kasih semua….

Sunday, May 3, 2009

محاسبة چينت 019_Muhasabah Cinta by Edcoustic

Wahai...
Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan...
Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan...
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

018 Palestine by Seven8Six

Liro Palestinen!
Free Palestine!




786 Palestine


first thing, the occupation started
Palestine, was left broken hearted
hands down, you won't believe the way they laid their wrath on her
six feet, under is where they left us
so bad, the way that they were killing us
too bad we're not afraid to die
when bombs fall from the sky

can't explain
i never thought that we were gonna lose so bad
they're all insane
there's got to be a way

how can we get back on track
now tell me how it's gonna be done
will we win or lose this one?
(don't care about the fact)
cuz they are in the lead
they say we all should be scared
Palestine will never be theirs

next thing, they're taking all our houses
Palestine, red from all the corpses
tough luck, they had to have the guns when all we have are rocks
all day, they're killing little babies
so we're, defending our families
they said that we were out of line
who's wrong, who's right this time?

can't explain
i never thought that we were gonna lose so bad
they're all insane
there's got to be a way

how can we get back on track
now tell me how it's gonna be done
will we win or lose this one?
(don't care about the fact)
cuz they are in the lead
they say we all should be scared
Palestine will never be theirs

Palestine, they need to get out
don't care about the fact it's all that
Islam, has blown out the doubt
there's no way for us to stop

Allah, stop all of the screaming
Allah, restore the one true dream
Palestine, it has to be the one to see
Islam will shine
no matter what they try to say
there's got to be a way

how can we get back on track
now tell me how it's gonna be done
will we win or lose this one?
(don't care about the fact)
cuz they are in the lead
they say we all should be scared
Palestine will never be theirs


Saturday, May 2, 2009

017 Photography

To the calon spm
spm da nak dekat!!
Baca blog baca gak.
Jangan sampai buku pun x pandang.
Takut jadik macam tuan nye blog.
Saje je bawak buku banyak-banyak balik rumah.
Pastu satu bende tak buat
Memang selalunya macam tuu.
Konon nak belajar...hmmm...harapan!
Nasihat sikit~

Dulu memang camtu...InsyaAllah aku akan berubah. Doa-doakan ya. Kerja sekolah cikgu bagi bnyak uh. Subjek BI. Cikgu nasihat kat budak yang buat Eksplorasi Alam Kerjaya untuk sekolah..."There is no kerjaya WITHOUT BERJAYA". Siapa suruh buat Eksplorasi Alam Kejadah tu sampai tak masuk kelas. Memang pedas kalau siapa yang makan cili tadi. And...kerja sekolah yang dia bagi kena siapkan gak walau apa cara pun.

Masuk cerita pasal
photography. Bidang photography ni aku baru je minat taun ni. Dulu bila aku snap gambar sesuatu rasa macam biasa je. Dulu...ayah aku pernah buat satu projek tentang photography...habis semua sampah merata-rata yang 'masyarakat yang tak bertaggungjawab' buang ayah aku snap. Dekat public phone la, kat bangku la, kat lantai la, macam-macam. Projek yang perlu ayah aku siapkan. Ape yang aku nampak...sampah. Tak lebih dan tak kurang dari tuu.

Bila usia dah melanjut, fikiran pun bertambah matang. Satu hari, pergi satu
camping trip yang ada aktiviti mendaki gunung, meredah hutan, menghayati KEBESARAN DAN KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH. SUBHANALLAH...Cantiknya ciptaan-Nya...

"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka..."
(Al-`Imran:191)

...masa tu ada tersempak dengan tiga orang pelancong dari luar negara. Dua orang dewasa bersama seorang remaja. Semua lelaki. Semua ada kemera masing-masing. Saiz kemera...lebih besar daripada tapak tangan. Best!! Saat itulah baru aku tertarik dalam bidang photography ni. Bila fikir balik, pemandangan yang kita hayati di mana-mana sekalipun tak akan terukir dalam fikiran seperti mana yang kita lihat. Konkulasinya, kalau tangkap gambar pemandangan indah ciptaan Allah, dapat merakamkan keindahan pemandangan and dapat ingat balik kenangan itu meskipun tidak berada di tempat tersebut. Berbelit-belit ayat nih.

Sejak akhir-akhir ni...aku selalu mendekatkan diri dengan bidang photography. Eksplorasi Alam Kerjaya. Majlis pertunangan abang sulung. Berjalan-jalan dengan *usrah tercinta. Nanti lepas habis spm...sementara tunggu result, nak kumpul duit nak beli kemera.

Berkait pulak dengan projek yang ayah aku buat tu...baru aku tau kenapa ayah aku kene tangkap gambar sampah.
Lecture ayah aku nak tengok dari sudut mana yang ayah aku pilih untuk tangkap gambar, walaupun gambar sampah. Pendapat jee. (",)

*usrah (bahasa arab) bermaksud keluarga

Friday, May 1, 2009

016 Look Into My Eyes

Outlandish are a multi-award winning hip-hop group based in Denmark. Formed in 1997, they consist of Isam Bachiri (born in Denmark and of Moroccan background), Waqas Ali Qadri (born in Denmark and of Pakistani background), and Lenny Martinez (from Honduras). All three members are devoutly religious, Isam and Waqas being Muslims, and Lenny being Catholic. The band members live in Brøndby Strand.



The first single was "Look Into My Eyes". The song's lyrics are based on a poem by Gihad Ali, a Palestinian who wrote the piece when she was a teenager; the poem expresses the plight of those suffering from America's foreign policy with regards to Israel and Palestine. The video is based around the fairy-tale Little Red Riding Hood. It portrays an Israeli soldier as the Wolf and the Palestinian girl, wearing a Kaffiyeh, as Little Red Riding Hood
Outlandish performed a live percussion version of "Look Into My Eyes" at the "Islamophobia" conference held in Copenhagen, Denmark in May 2006 which was hosted by the Islam Channel and included many theological and political speakers and community leaders. Their club thumping single "Kom Igen" is featured on EA's FIFA 2007.
Closer Than Veins is the third album released in 2005. The album was critically acclaimed for its mature outlook and potent lyrics.

Look into my eyes
Tell me what you see
You don't see a damn thing
'cause you can't relate to me

You're blinded by our differences
My life makes no sense to you
I'm the persecuted one
You're the red, white and blue

Each day you wake in tranquility
No fears to cross your eyes
Each day I wake in gratitude
Thanking God He let me rise

You worry about your education
And the bills you have to pay
I worry about my vulnerable life
And if I'll survive another day

Your biggest fear is getting a ticket
As you cruise your Cadillac
My fear is that the tank that has just left
Will turn around and come back

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let your media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows
Has our world gone all blind?

Do you know the truth of where your money goes?
Do you let your media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Someone tell me...

Ooohh, let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters

Ooohh, shine a light for every soul
that ain't with us no more

Ohh my brothers, Ohh my sisters

See I've known terror for quite some time
57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It's the checkpoint on my way to school

Terror is the robbery of my land
And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother

The bulldozers and the tanks
The gases and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds

You blame me for defending myself
Against the ways of my enemies
I'm terrorized in my own land
But am I the terrorist?

Yet, do you know the truth of where your money goes?
Do you let your media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows
Has our world gone all blind?

Do you know the truth of where your money goes?
Do you let your media deceive your mind?
Is this a truth nobody, nobody, nobody knows?
Someone tell me...

Ooohh, let's not cry tonight,
I promise you one day it's through

Ohh my brothers, Ohh my sisters,

Ooohh, shine a light for every soul
that ain't with us no more

Ohh my brothers, Ohh my sisters,

America, do you realize that the taxes that you pay
Feed the forces that traumatize my every living day

So if I won't be here tomorrow

It's written in my fate
May the future bring a brighter day
The end of our wait

(pause)

Ooohh, let's not cry tonight, I promise you one day it's through
Ohh my brothers, Ohh my sisters,
Ooohh, shine a light for every soul that ain't with us no more
Ohh my brothers, Ohh my sisters,

Ohh let's not cry tonight I promise you one day is through
Ohh my brothers! Ohh my sisters!
Ooh shine a light for every Soul that ain't with us no more
Ohh my brothers! Ohh my sisters!

http://www.youtube.com/watch?v=yfKyZkt4SNs



Saturday, February 14, 2009

015 Sampah

Kisah Asrama

Pada satu hari...warden kumpul semua pelajar asrama putera. Tujuannya, warden kata, asrama putera bersepah sangat. Sampah merata-rata. Kat dalam dorm, luar dorm, balkoni dorm, kat celah-celah tingkap, kat celah-celah pintu, kat atas lantai, kat coridor, kat tepi tong sampah pun banyak...semua banyak sampah. Asrama dah macam bukan asrama. Lalu warden tersebut membari tahu kami semua punca masalah tersebut. Akhirnya kami diberitahu, puncanya adalah kerana JIKA ADA TONG SAMPAH MAKA ADANYA SAMPAH. MAKNANYA JIKA TIADA TONG SAMPAH MAKA TIADALAH SAMPAH. Paham ke?! Tak pe. Buat-buat paham je. Jadi, mulai hari itu, Sebanyak 16 tong sampah bersaiz besar di 2 blok asrama putera di sekolah kami dibawa turun dan tidak dibenarkan menggunakannya. Jadi, kami semua diberi tips untuk menangani masalah sampah yang berkeliaran di asrama. Antaranya:
  • Jika anda ingin membuang sampah...maka 'buku'kan lah dulu niat anda yang mulia itu, kerana anda tidak mempunyai tong sampah lagi di asrama.
  • Anda boleh menggunakan cara (yang pertama) yang lebih arif, iaitu memasukkan sampah yang ingin dibuang oleh anda ke dalam poket anda sementara terjumpa mana-mana tong sampah yang berada di luar kawasan asrama.
  • Anda juga boleh membuang sampah dengan cara (yang kedua) yang lebih professional, iaitu membuang sampah ke dalam sebungkus plastik. Apabila sudah penuh, maka anda boleh membuangnya di rumah sampah ataupun tong sampah yang berada di rumah anda ketika mana anda balik suatu hari kelak.
Tuntasnya, hari ini kami dapat mempelajari suatu kaedah yang dapat menyelamatkan asrama daripada wabak sampah berkeliaran. Semoga, asrama yang aku cintai ini menjadi satu tempat yang selesa, tenteram lagi menyenangkan untuk meneruskan perjuanganku dalam menempuh Ujian SPM tak lama lagi.
MySpace

Tuesday, January 27, 2009

014 Sentuhan Hati Palestin


Kian ku merasa,

Berat mata memandang,

Lebih berat bahu yang memikul,

Lebih berat beban yang dirasaimu,

Meskipun semua sedar atas penderitaanmu,

Dibanjiri darah insan yang tidak berdosa,

Memapar gelaran syahid di setiap sudut hati yang melihat,

Menghadirkan kesedihan demi kesedihan di hati kami,

Bahkan, menghadirkan api kemarahan dalam diri kami yang kian membara,

Membara dan terus membara,

Takkan terpadam meskipun dicurah air lautan dunia,

Takkan terpadam meskipun ditiup angin sekencang mungkin,

Yang membaranya api itu hanya kerana kaum laknatullah,

Kaum yang memikirkan segala tindak-tanduk yang mereka lakukan hanyalah untuk kedamaian,

Kaum yang Allah menjanjikan tiada tanah dimuka bumi ini,

Kaum yang tiada perasaan terhadap wanita, kanak-kanak, dan orang tua,

Pastinya bara api itu amat sukar dipadam,

Kami saksi,

Beribu-ribu jenazah syahid dan syahidah diusung setiap hari,

Wanita-wanita merintih menangis kesedihan,

Mengalirkan air mata milik cinta Ilahi,

Lambang kepada jutaan penderitaan,

Kanak-kanak yang masih menagih ilmu itu menjadi mangsa kekejaman,

Melaung, merintih kesakitan,



Syabab-syabab harapan bangsa, berjuang sepenuh jiwa mereka,

Dengan meletakkan sepenuh harapan, sepenuh harapan,

Hanya kelengkapan batu-batu dalam genggaman mereka sebagai senjata,

Keyakinan, keteguhan hati mereka sungguh luar biasa,

Menyakini sekecil batu mampu menumpaskan sebesar kereta kebal,

Menepikan segala kemusykilan,

Meletakkan Allah sebagai tujuan,

Meletakkan Allah sebagai pertolongan,

Terus dan terus berjuang,

Dalam mengejar cita-cita syahid di jalanNya,

Dalam mengejar kedamaian di dunia Palestin,

Demi membebaskan Baitul-Maqdis,

Terus berjuang,

Allah dekat denganmu,

Allah sentiasa disampingmu,

Allah bersamamu,

Sungguh,

Menyaksikan kesemua itu,

Kami merasakan kami ingin bersamamu,

Kesemua itu,

Membuangkan rasa kedamaian yang kami kecapi disini,

Kami mengiringikan doa,

Kami menghadirkan harapan yang meninggi pada Ilahi,

Kami ingin bersama-samamu dalam mengejar cita-cita,

Kami ingin bersama-samamu dalam melindungi Baitul-Maqdis,

Kami ingin bersama-samamu dalam menengakkan kalimah Ilahi,

Kami ingin bersama-samamu,

Kami benar-benar ingin bersama-samamu.

Andai peluang terbuka luas,

Pasti kami bersamamu,

Pasti bersamamu.