بسم الله الرحمن الرحيم
Aku lihat...Jarum saat masih istiqamah bergerak sedikit-demi-sedikit membuka langkah membina jalan buat teman bergelar minit dan jam. Meskipun kecil tidak berdaya, pergerakannya amatlah bermakna Setiap tanggungjawab yang dilaksanakan amat sempurna. Tidak pernah menghadirkan rasa penat dan lelah didalam diri. Memaksa diri sehingga menjadi petunjuk diseluruh pelusuk bumi. Aku tenang memikirkannya.
Alhamdulillah, cuti ini amat bermakna bagi aku. Akhirnya masanya telah tiba. Aku dapat merasa bahawa lambaian Ka`abah itu benar-benar ditujukan khas buat aku dan sekeluarga. Alhamdulillah, atas limpah rezeki yang Kau kurniakan. Aku menuang harapan kepadaMu agar dapat menjejak bumi suci dengan selamatnya.
Doakan kami sekeluarga selamat perjalanan pergi balik dan mendapat umrah mabrur.
No comments:
Post a Comment