(Riwayat Tirmizi, katanya hadith ini hassan gharib)
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidaklah seorang hamba Allah mengucapkan kalimat "Laa ilaaha illallaah" dengan ikhlas melainkan dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga kalimat itu sampai ke Arsy Illahi, selama ia meninggalkan dosa-dosa besar."
(Riwayat Tirmizi, katanya hadith ini hassan gharib)
Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a. bahawasanya ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Manakah amalan Islam yang terbaik?" Beliau menjawab: "Iaitu engkau memberikan makanan dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang sudah engkau kenal dan orang yang belum engkau kenal."
(Muttafaq 'alaih)
(Muttafaq 'alaih)
No comments:
Post a Comment