Salam semua.
Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Apa jua keadaan kita ketika ini, kita masih lagi dalam mengecapi kurniaan iman dan islam dariNya. Terasa lama pulak tak update blog. Ada seperkara yang nak di'blog'kan oleh aku disini.
Nak dimulakan cerita, semalam aku, dan beberapa orang rakan pergi outing kat Temerloh. Idea asal nak gi outing kat Kuantan. Huhu...jauhnya. Nak gi kuatan sebab nak ziarah seorang staff kolej. Tapi kami dapat tau dia dah keluar hospital. Syukur. Tetapi kami terasa gian nak keluar berjalan jugak. So, destinasi kami pilih adalah ke Temerloh. Nasib baik ade pemandu pelancung yang hebat. Sekitar pelusuk Temerloh dia tau jalan-jalan kat situ. Jadi, kami yang lain suruh dia bawa kami ke pustaka buku. Habis untuk bab lari topik. Hehe.
Dalam pustaka itu aku beli novel yang bertajuk 'Bumi Cinta' hasil karya Habiburrahman El Shirazy. Tak sempat nak baca kulit belakang novel ni aku terus je beli. Sebabnya aku tau buku ni da 'hot' kat pasaran Malaysia Indonesia. Macam 'Ayat-ayat Cinta' lah 'hot'nya novel ni. Ni gambar buku tu...
Apa yang berlaku, jika seseorang graduan lulusan agama, bernama Muhammad Ayyas, hidup di negara yang amat menjungjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia? Adakah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moskow, yang kecantikan mereka tiada taranya?
Ayyas sudah memejamkan kedua matanya. dia ingin segera lelap. Tetapi bayangan Yelena dengan segala keindahan tubuhnya, yang baru saja dilihatnya meskipun sekejap, seolah-olah hadir di pelupuk matanya. Bayangan wajah cantik Anastasia Palazzo juga menari-nari di pelupuk matanya. Darah mudanya semakin hangat. Ayyas berusaha menepis bayangan itu tetapi tidak mudah. Bayangan itu seperti tersimpan dan menempel erat di salah satu sudut hatinya. Seperti virus di komputer yang tidak mudah dihilangkan. Ayyas merasa ujian keimanan ini terasa lebih berat daripada musim dingin yang paling menggigit sekalipun.
Rasa dingin yang menggigit itu terasa hilang begitu saja ketika dia masuk kekamarnya yang hangat oleh pemanasnya. Tetapi virus moleknya Yelena dan cantiknya Anastasia tidak mudah dihilangkan. Meskipun dia sudah solat dan membaca Al-Quran, virus itu tidak juga dapat dihapuskan dengan sempurna, masih tersisa, hanya mampu dijinakkan. Ayyas membaca istighfar berulang kali. Lebih dari tujuh puluh kali. Dalam istighfarnya, dia teringat pesan Kiai Luqman Hakim, saat mengaji di Pesantren Kajoran Magelan dulu.
" Ingatlah nak,kecantikan wanita itu yang menjadi sebab para penuntut dan satria agung gagal dalam pertapaannya!"
Ayyas terus berzikir dan beristighfar sampai tertidur. Dalam tidurnya yang pulas, Ayyas bermimpi ada dua ekor ular masuk ke dalam kamarnya dan memburunya.
Best kan? Tau da apa jawapan korang. Hehe....Sekian saja untuk hari ini. Terima Kasih kerana meluangkan masa disini.
6 comments:
lihat juga disini http://bicara-cinta-59.blogspot.com/2008/12/ayat-cinta.html
salam..cmne nk bg minat bc novel yea?? ada tips :D
zakie , awk mmg suke bace novel erk ??
ainulhusna: ade...bygkan kite gi kt pgung wayang bile bukak novel tu.huhu.nta la.minat ni dtg mse family hadiahkan time befday.novel ayat2 cinta dorg bagi.lg pon dah lama da minat sastera walaupon x ambek bidang sastra.
✿·٠•●♥N Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ A♥●•٠✿:ye minat bce novel habiburrahman je.
oo..^_^ sy minat bce novel gak..tp novel cinta2 je la. ^_^ novel ayt2 cinta pon sy ade.. ^_^
sy xmnat novel abg zaki.. cmner nk bg mnat mcm abg zaki..?? by the way... sy xmnat pnggung wayang... haha...
Post a Comment