- Amalkan segala suruhan Allah dengan bersungguh-sungguh dan tanpa banyak soal dan alasan.
- Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa "tidak sedap hati" saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan menjauhkan diri daripada maksiat.
- Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.
- Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita pada Allah pada setiap masa.
- Reda atas segala ketentuan qadak dan qadar terutamanya jika ditimpa musibah.
- Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah, termasuk hati dan juga lidah.
- Anggap dunia sebagai sebuah penjara. Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Dunia itu penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir." (Riwayat Muslim no. 7606) Apakah bekalan yang biasanya dibawa balik oleh banduan? Apakah dia mampu membawa harta kekayaan atau sijil yang mengiktiraf tahap inteleknye? Banduan biasanya hanya mampu membawa keluar sama ada sikap lamanya atau sekeping hati yang bersih.
- Renew. Sentiasalah perbaharui cinta kepada Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirehat hanyalah di akhirat. Lepas satu kebaikan dikerjakan, lakukanlah yang lain pula.
- Aktif. Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah akan ibarat peniaga yang tamak, pantang ada peluang melakukan ibadah akan terus dilaksanakan tanpa tawar-menawar.
- Ikhlas. Pastikan cinta kepada Allah ikhlas hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya.
- Pinta. Jangan menganggap bahawa dengan amal ibadah semata-mata telah menyampaikan diri kita kepada cintaNya. Oleh sebab itu, pintalah daripada Allah cintaNya dan laksanakan amalan yang disukainya.
- Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenciNya.
Ingin ku jadi seperti pelangi kerna tatkala ia memunculkan dirinya pasti menyenangkan hati semua yang memandangnya sehinggalah mereka masih tercari-cari lagi meskipun ia telah pergi
Wednesday, May 11, 2011
072 Langkah MenCintai Allah
Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Manusia sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun cinta yang hakiki yang tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cinta Allah-lah yang layak dikejar. Amalkan petua-petua berikut bagi merasai manisnya mencintai Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment