Benarkah kita cintakan Allah?
Mulut kita sangat mudah untuk memperkatakan bahawa kita cinta Allah.
Jari-jemari tangan juga mudah menari-nari memberitahu semua orang di alam maya yang kita cinta Allah.
Tetapi hati?
Sejauh mana hati dapat membuahkan apa yang diperkata?
Sejauh mana hati dapat mengakui keikhlas jiwa?
Sejauh mana perilaku diri dapat membuktikan cinta kita milikNya?
Tidak mudah seseorang itu menjawab dengan bersandarkan kata sudut hati.
SAHL BIN ABDULLAH berkata,
"Tanda cintakan Allah adalah cintakan al-Quran.
Tanda cintakan al-Quran adalah cintakan Nabi s.a.w.
Tanda cintakan Nabi s.a.w. adalah cintakan sunnah Baginda.
Tanda cintakan sunnah Rasul adalah cintakan akhirat.
Tanda cintakan akhirat adalah tidak mencintai diri sendiri.
Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci dunia.
Tanda benci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup. "
Maka, tidak salah untuk diperkatakan, tanda cintakan Allah adalah tidak mengambil daripada melainkan kadar yang mencukupi sara hidup.
Renung-renungkanlah.
p/s: harap maklum...ketidakstabilan blog ini membuatkan admin terpaksa menggunakan templete biasa saja. ada masa admin akan mempebaharuinya. Maaf atas kesulitan =)
No comments:
Post a Comment