. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Pages

Wednesday, June 8, 2011

075 Layan Macam Pelacur???

Salam semua. Semoga sihat-sihat belaka.
Agak-agaknya, ada apa dengan tajuk kita hari ini yeh? Layan macam pelacur? Siapa yang perlu layan macam pelacur? Siapa pula yang dilayan? Kenapa menggunakan perkataan 'macam'?

Okeh...kita lari tajuk sekejap. Ya, Islam mengajar isteri wajib mentaati suami selagimana suami itu patuh pada perintah Allah s.w.t. Itu adalah kunci buat isteri untuk meraih syurga.
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Nampak mudahkan?  Mudahnya. Cuma empat perkara je. Tapi kenapa wanita lebih ramai di neraka? Tak percaya cuba baca yang ni...
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”
Tak mudah sebenarnya, tapi mudah sebenarnya. =)
Ikut panduan yang Rasulullah ajarkan, maka syurgalah tempatnya. Dan perlukah isteri layan suami LAYAN MACAM PELACUR? Klik di sini untuk baca. Cuba baca apa yang nak disampaikan oleh akhbar. Dan cuba tonton apa yang ingin wanita dibawah ini sampaikan kepada kita semua.


Konklusinya, apa yang ingin saya katakan disini, sesuai dengan apa yang telah dikatakan oleh Ustaz Zaharuddin. katanya.... (dlm fb)

"Inilah satu contoh penggunaan bahasa yg tidak tepat lagi mengelirukan. Siapa pula yg tahu cara layanan yg dikatakan istimewa itu? hanya pelanggan pelacur kelas pertama itu & penggemar video lucah kelas pertama. Pastinya tidak semua cara pelacur boleh dilakukan oleh suami isteri menurut hukum Islam"
 Sekian. Wassalam.

No comments: