. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Wednesday, March 9, 2011

069 Terima Kasih Allah :`)

Salam semua pembaca setia blog Bicara Cinta.
Moga kalian semua sentiasa disuluh Cahaya Rahmat dan Kasih Sayang Allah Ta`ala.


Semalam, Istisyhad dapat belajar banyak perkara dalam mengenal erti kain rentang kehidupan. Pernahkah kita sedar? Hidup di dunia ini seakan-akan selembar kain rentang. Saat titisan darah ibu melahirkan seorang anak yang bernama 'kita', saat itulah bermulanya selembar kain rentang yang bersih, kosong. Setiap manusia mempunyai kain rentang kehidupan yang sama pada mulanya.Tetapi pada pengakhirannya, ia kelihatan berbeza-beza kerana dihiasi dengan bermacam-macam cara. Ketika itulah kain rentang milik masing-masing akan dipersembahkan kepada Allah untuk dinilaiNya. Bagaimanapun, kain rentang ini dicorak mengikut ujian mahupun kenikmatan yang Allah kurniakan pada setiap hamba-hambaNya. Allah berbicara lembut...


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"(29:2)


...bicara Allah hanya bisa menggetarkan hati hambaNya yang beriman. Apakah persoalan yang Allah kemukakan dalam bicaraNya tadi? Patutkah seseorang manusia menyangka bahawa tanpa ujian dariNya mereka boleh menyatakan yang mereka ini beriman? Patutkah? Maka inilah corak kain rentang kehidupan yang dimaksudkan. Sama ada seseorang itu tabah menghadapi cubaan atau pun menyalahkan takdir Allah. Sama ada, seseorang itu syukur atas nikmat kurniaan tuhan atau pun kufur nikmat pemberian tuhan. Hasilnya, meraka sendiri yang akan mencorak kain rentang itu sendiri.


Sehingga hari ini, kita bebas untuk mencorak kain rentang sendiri. Individu lain hanya sekadar memberi idea dan pilihan untuk menambah hasil kesenian atas kain rentang milik kita. Kita sedar, kita tahu, maka pandai-pandailah kita fikir sendiri nak corak macam mana.


Oleh itu, doa seorang hambaNya untuk memiliki hidayah dari Allah amatlah penting. Ia dapat membantu kita mendapat colour yang cantik untuk mewarnakan kain rentang kita. Ya, hidayah itu milik Allah. Namun kehidupan itu adalah satu pilihan. Di hadapan kita hanya ada dua simpang. Simpang kiri ataupun simpang kanan. Jalan lurus ataupun jalan bengkang-bengkok. Kita yang bisa memilih jalan atas ilmu mahupun atas nafsu diri. Jalan yang luas biasa ramai penggunanya. Jalan yang sempit pula, kurang perhatian. Namun, meskipun pelbagai rintangan dan halangan, jalan yang sempit itu yang membawa manusia dekat pada Cinta yang murni, Cinta Teratas. Cinta Allah, noktah.


Jika anda baru sahaja membaca posting ini, bermakna anda masih mengecapi Rahman dan Rahim Allah Ta`ala. Syukur, syukur dan syukur. Betapa pemurahnya Allah masih memberi kita nafas dan ilmu pada hari ini.
Mengadu, meminta, mengeluh, bermanja dan berCintalah dengan Allah. Kerna disitu Syurga Bahagia di dunia.





Terima Kasih Allah atas semua itu. :`)