. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Wednesday, December 31, 2008

012 Azam dan Cita-cita

Patutnya pasang azam sebelum masuk 1430H. Dah pasang dah pon...cuma x posted kat blog lagi. Ingatkan nak selit jee azam kat tajuk Cinta dan Hijrah...tapi cam x sesuai plak. Tapi bile dipikir2kan balik...perlu ke tayang azam kite kt orang laen?? ann?? Bagi aku Ok jee. Sebab yang utama:

  1. bila sesuatu azam tuu kita rasa malas sangat nak laksanakan atau pun nak mencapainya...kita mesty teringat balik ape yg kita dah bagi tau kt sume orang...bahawa kita nak bersungguh-sungguh ntuk mencapainya...walau apa jua rintangan dan dugaan yang berlaku.
  2. azam yang kita tayang tuu nanti boleh jadi azam tambahan kat orang laen.
  3. nanti akan memperoleh semangat yang penuh berkobar-kobar dalam bersama mengejar azam dan cita-cita...
MySpaceBoleh pakai kowt sebab-sebab tuu. Mungkin kalau de sesape nak tambah atau nak bangkang boleh jee.

Memandangkan 1430H dengan 2009M saing-saing jee...mesty azam ngan cita-cita pon DOUBLE ADVANCE. Semangat pon takyah cakap la. Membara-bara pnye!!

Cakap pasal 2009M...InsyaAllah, 2009 taun terakhir aku di alam persekolahan. Sebab taun 2009 nie aku akan ambek SPM. Sejuk er!
MySpace*Mcm best plak pakai cartoon emosi nie...ceria sket blog!!

Hah! Berikut adalah azam ku ntuk taun 2009:

  1. Sebelum tido...aku nak gosok gigi ngan ambek air sembahyang. *Nie salah satu tips nak senang bagun subuh or tahajjud.
  2. Sebagai pelajar asrama yang baek...aku nak streka baju sebelum msuk tido.(huhu)
  3. Tak tido time lepas sembahyang subuh kecuali tido time pkul 12tgh hari.
  4. Prep Petang : nak cube sedaya upaya ntuk siap kan kerje skolah yg cikgu bagi time waktu persekolahan.*sbb...time prep petang, aku slalu belajar kat dorm. tuu pun kejap jee...pastu...ZZzzMySpace
  5. Prep Malam : Time ntuk study balik pe yang cikgu dah ajar & Get ready ntuk subjek yang akan dipelajari esok.*sebab...time prep malam pulak...MySpace
  6. Berkata Abu Hurairah ra :“ Sudah wasiat padaku kekasihku yakni Nabi SAW dengan 3 perkara; Supaya saya berpuasa tiga hari tiap-tiap bulan; Supaya saya mengerjakan Shalat Dhuha; Supaya saya mengerjakan Shalat witir sebelum tidur tiap-tiap malam.” (HR Bukhari dan Muslim)*3 perkara tersebut.
  7. Tak nak suka marah-marah.MySpaceMySpace
  8. Tak nak pinjam-pinjam barang orang lagi dah.MySpace
  9. Jaga barang sendiri seelok-eloknya.
  10. Blajar kerana Allah, bukan kerana peperiksaan.
  11. Nak baiki tulisan.
  12. Lastly...clik kat sini!
Sebenarnye...de banyak lagi. Tapi...aku rase...nie je kowt yg bleh ditayang. Bersama kita menjadikan tahun 1430H ngan 2009M nie lebih baek dari taun yg sebelum-sebelumnya.

Monday, December 29, 2008

011 Cinta dan Hijrah

Sirah banyak mengajar umat Islam warna-warni kehidupan. Peristiwa berlakunya Hijrah Rasulullah dari Makkah ke Madinah mengukirkan suatu tarikh penting dalam sejarah Islam, kerana mulai saat peristiwa ini Islam mula memasuki gerbang perkembangan Agama Islam dan memasuki satu tahap baru dalam perjuangan baginda sendiri.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW memerintah kaum Muslimin supaya berhijrah terlebih dahulu, sementara baginda sendiri tidak akan keluar tanpa izin Allah Taala. Terdapat riwayat yang mengatakan baginda telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah menyediakan buat kamu saudara dan negeri yang aman (untuk kamu berhijrah, iaitu Madinah)."

Ketika Rasulullah ingin meninggalkan Makkah, baginda diselimuti perasaan yang penuh kerinduan, dan telah membisikkan rasa CINTAnya kepada kota Makkah dengan ungkapan yang cukup indah yang bermaksud:

"Alangkah indahnya kamu bagiku wahai negeriku (Makkah), dan alangkah kasihnya daku kepadamu, seandainya tidak kerana aku diusir oleh kaumku untuk berpisah denganmu, maka demi sesungguhnya aku tidak akan memilih tempat kediamanku selain daripada kamu."

Perasaan cinta rasulullah kepada tanah tumpah darahnya sungguh tak terkata. Setelah mengucapkan kata-kata tersebut maka baginda terus melangkah keluar, yang dilakukannya sebagai menunaikan satu perintah Allah SAW, seperti yang terdapat dalam firman Allah Taala, maksudnya:

"Wahai hamba-hambak-Ku yang beriman! Sesungguhnya bumi-Ku adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu , (damana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepada-Ku."(29:56)

Dan ketika ini jugalah turunnya ayat Al-Quran yang bermaksud:

Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa) : "Wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku."(17:80)


Demikianlah warna-warni Islam yang terukir pada sejarah. Sungguh indah aturanNya. Susunan alam dan keseluruhan kehidupan yang diatur Allah membuatkan manusia terus berfikir dan terus mentafsir. Tetapi tak semua manusia yang berfikir tentang kekuasaanNya. Tak semua manusia yang berfikir tentang tujuan hidupnya yang sebenar.

"sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi : "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka" (3:190-191)

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."
(51:59)

Persoalannya...sampai bila kita ingin diri kita dihanyutkan oleh tipu lakonan duniawi? Sampai bila ingin kita melihat Islam dipandang kejam dan layu selagi kita tidak menegakkan Islam itu sendiri? Sampai bila kita ingin membiarkan saudara seIslam kita di Palestin dan diseluruh pelusuk dunia sengsara akibat ancaman kafir laknatuLlah? Sampai bila???

Semoga kedatangan Hijrah kali ini membuahkan azam dan cita-cita yang akan di pandang tinggi di sisi Allah Taala. Renung-renungkan...

...Sumber Rujukan
-Menjana Ummah Gemilang(risalah khas sambuan ma`al hijrah peringkat kebangsaan 1430H)

Wednesday, December 24, 2008

010 Bicara Kecil Si Hati

Pedih rasanya apabila aku meniti setiap kehidupan orang yang terdekat dan orang yang aku kenali. Dunia ini bagaikan segala-galanya bagi mereka. Mereka bagaikan tidak mempedulikan keredhaan Allah. Apa yang mereka inginkan, semuanya mereka cekup tanpa menoleh kiri dan kanan. Mereka memandang baik segala perbuatan yang mereka lakukan. Bahkan mereka terus dan terus melakukannya.

Firman Allah Taala...
...Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah)...(29:38)

Inilah hakikatnya. Bisikan dan hasutan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan mereka. Padahal perbuatan mereka itu menimbulkan kemurkaan Allah.

Firman Allah lagi dalam surah Al-Baqarah...
...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(2:216)

Aku benar-benar ingin mereka sedar atas segala perbuatan mereka. Tapi, apakan daya. Aku ini hanyalah seorang syabab. Syabab yang masih menagih ilmu. Syabab yang masih lagi mengutip pengalaman. Tetapi impian ku itu tengah membara dalam setiap aliran darahku. Dan aku berharap agar ianya terus membara dan terus membara. Kerana aku yakin seyakin-yakinnya bahawa suatu hari nanti aku pasti dapat lakukannya...InsyaAllah!

Dan aku menuang sepenuh harapan agar bicara kecil ini menjadi sebahagian daripada bicara cintaku padaMu, Ya Allah.

Tuesday, December 16, 2008

009 Ayat Cinta

Sebenarnya, aku teringin sangat nak sentuh pasal hasil karya seorang novalis Indonesia yang bernama Habiburrahman El Shirazy. Kenal tak? Mesti kenal nye. Kalau belum berkesempatan untuk kenal klik je nama beliau. Antara novel yang telah Habiburrahman El Shirazy hasilkan:





  • Ayat-ayat Cinta
  • Di Atas Sejadah Cinta
  • Ketika Cinta Berbuah Surga
  • Pudarnya Pesona Cleopatra
  • Ketika Cinta Bertasbih
  • Dalam Mihrab Cinta







Sebenarnya bukan tuu je, tapi banyak lagi. Tapi novel-novel
Habiburrahman El Shirazy yang aku dah bace baru 2. Ayat-ayat Cinta ngan Pudarnya Pesona Cleopatra. Dua-dua novel ur best!! SERIUS!! Insya Allah time bukak sekolah 2009 nanti aku berkesempatan pinjam member nye novel yang betajuk Ketika Cinta Bertasbih. Novel tuu da la ada 2 jilid. Kene mengatur masa kalau nak abeskan 2 jilid tuu, sebab taun depan nak pikir SPM lagi. "DOA AGAR DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSANKU YA"

Mesti ada yang tertanya-tanya. Eh! Peliknya! Budak laki zaman sekarang pun suke layan novel?? Jangan tak tau...ramai lagi member aku and orang laki laen suka layan novel. "BETUL TAK KAUM ADAM??" Yang nak kasiq aku pinjam novel
Ketika Cinta Bertasbih tu pun laki gak. "Thanks Afzal! nanti akue kasiq ko pinjam Pudarnya Pesona Cleopatra plak!"

Apa yang aku nak tumpukan kat sini pasal Novel Ayat-ayat Cinta. Novel nilah yang membuatkan aku mula suka membaca novel selain novel yang ada dalam P&P sekolah. Tu pun hasil pemberian hadiah ulangtahun kelahiranku daripada KELUARGAKU...LUV MY FAMILY SO MUCH!! Novel ni dah ramai dah orang beli. And dah pun dijadikan filem. yang aku pasti...mesti dah ramai tengok ni, Apatah lagi bila ditayangkan kat TV3 (Malaysia)(masa Raya Aidilfitri lepas, kalau tak silap).

Sebenarnya, bagiku, massage yang cuba disampaikan
Habiburrahman El Shirazy dalam novel Ayat-ayat Cinta memang tak dipenuhi filem yang telah dihasilkan, meskipun jalan cerita tu sama. Ntahla. Mungkin aku sorang je kot yang berpendapat cam ni. Nilai-nilai keIslaman yang disampaikan Habiburrahman El Shirazy dalam novel tu terlalu banyak. Satu contoh yang aku paling suka Fahri dan teman sebiliknya ber'TADABBUR AL-QURAN' bersama.

Terdapat gak beberapa adengan yang menarik yang ade dalam novel, seperti...Mimpi Fahri bertemu Sahabat Nabi, mimpi Maria bertemu Mariam. Dua adengan ni ada kisah menarik disebaliknya. Dan yang terutamanya adengan APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN AYAT-AYAT CINTA. Kalau korang tengok filem...mesti korang tak tau adengan mana satu yang menunjukan apa maksud sebenar AYAT-AYAT CINTA. Kalau korang nak tau apa yang dimaksudkan dengan AYAT-AYAT CINTA klik je kat sini. Tapi kenelah luangkan masa sket.

Sebenarnya, post ni, tak lain tak bukan, hanyalah untuk mempromot novel yang best ni kepada sesiapa yang belum membacanya lagi.SO TUNGGU APA LAGI??!!



Thursday, December 11, 2008

008 Menangis?!

Isk..iskk..

T_T Hari ini, mataku ini sering mengalirkan air mata. Dari tengah hari tadi (pukul 12 lebih_11/12/2008), sampailah sekarang. Susahnya nak tahan air mata dari jatuh ke bumi. Pedih pulak rasa mata ni. Secara tiba-tiba je air mata aku mengalir keluar. Masa nak menulis blog ni pun air mata masih lagi mengalir keluar. Takkan hati keras macam ni pun boleh menangis? Seorang insan yang bergelar lelaki, yang biasanya sering tabah apabila diselimuti dengan pelbagai ujian duniawi, TIBA-TIBA HARI INI MENANGIS?!

Ya, hari ini aku memang betul-betul menangis! Yang anehnya, air mata yang keluar sikit-sikit. Perasaan?? Takde perasaan. Sedih mahupun gembira. Tapi nape ek menangis?

Kisahnya...

Pagi tadi (waktu dhuha)...
Terlintas kat hati ni untuk Sembahyang Sunat Dhuha...
Sebelum tu, nak tukar pakaian solat dulu kat dalam bilik...
Bila dah masuk bilik, tiba-tiba..."Eh2 nape bantal ni nampak empuk plak ni?? Selalunya macam biasa je."
Syaitan mula membisik...

Tidur la jap!...
Masa dhuha panjang lagi...
"Abang Imi...tolong kejutkan lagi sepuluh minit."
"ok2!"
"terima kasih"
Mataku mula terlelap...

Tip-tap-tip-tap...
"Akie...Akie...dah-dah!...bangun!...dah sepuluh minit dah ni!"
"Okey-okey...nanti akie bangun."
Mata pun terlelap balik...

Tip-tap-tip-tap...
Waktu tengah hari...
Bila buka je mata, aduh...sakitnya! pedihnya! Mataku termasuk habuk! Kalau habuk kecik kejap je ok mata ni. Tapi masalahnya, SAMPAI SEKARANG TAK KELUAR-KELUAR HABUK NIE (waktu sekarang_01:05_12/12/2008)...mesti habuk besar!

Sebab tu la asyik menangis je. Bukannya perasaan sedih ataupun terlalu gembira. Pasti dan pastinya ada hikmah.

Bagiku...hikmahnya, ini satu peringatan dari Allah. Mungkin time cuti ni, terlalu kurang baca Al-Quran. Mungkin jugak, mata ini sering melakukan maksiat. Bila di fikir-fikirkan balik...dah berapa lama tak menangis untuk mengenang dosa. Dah lama tak MUHASABAH DIRI.

Murabbiku pernah berkata...
"bila antum menangis time baca Al-Quran, itu merupakan satu nikmat."
Firman Allah Taala dalam surah Al-Anfal, ayat ke-2, yang bermaksud,
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah GEMENTARLAH hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.

Bila seseorang itu membaca Al-Quran, lalu menangis, ini bermakna hatinya mudah tersentak dengan Ayat-ayat Allah Taala. Bagiku, ini merupakan satu nikmat yang dapat merasakan seseorang dengan kemanisan iman.

Menangislah apabila mendalami ayat-ayat Al-Quran. Menangislah untuk mensucikan jiwa.
Menangislah akan dosa yang dilakukan. Menangislah untuk mengubat hati. Menangislah ketika meminta doa. Menangislah, pasti kita dapat merasa Allah itu benar-benar dekat.

-doakan mata ku ini cepat sembuh => -
-nukilan: syabab-istisyhad-perinduCintaNya-
-bagi yang ingin menambah isi, amatlah dialu-alukan-
-comment juga amatlah dialu-alukan...demi memperbaiki nukilanku ini-



Monday, December 1, 2008

006 Hati

Kekusutan mula menyelimuti fikiranku. Kini aku terasa benar-benar buntu. Tiba-tiba tanganku terasa sungguh berat dan fikiranku mula terasa kosong. Dalam menyebarkan risalah kebenaran, ada saja ganguan yang melanda. Teringat pula daku tentang kisah dimana Allah benar-benar murka kepada iblis dan syaitan yang enggan bersujud kepada Adam A.S.

firman Allah Taala,
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat:"Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.(Al-Baqarah 2:34)

Apabila Allah ingin memasukkan golongan tersebut ke dalam neraka, tetapi ia minta ditangguhkan, kerana ingin mencari kawan-kawannya dari golongan jin dan manusia untuk bersama di dalam neraka.

Ini benar-benar godaan mereka. Saat ku meniti semula pembicaraan sang penulis risalah kebenaran, baru ku sedari bahawa menulis ini bukannya semudah yang ku sangkakan.

Dengan perlahan-lahan aku cuba menggerakkan jari ku untuk meneruskan karanganku dengan arus kalimah Isti`azah
dan kalimah Basmalah:


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
Aku mohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Sebagai permulaan, ingin sekali daku membicarakan tentang Hati.
-Bagiku sekecil-kecil hati, mampu membuahkan sebesar-besar pembicaraan.-
Kenapa aku pilih tajuk hati? Cakap pasal hati ...mesti berkait rapat ngan niat, ikhlas, perasaan, jiwa, diri, cinta...cinta??!!?! yup...sebab cinta nie perasaan yang membuak-buak, perasaan yang meronta-ronta dalam hati. Tapi tajuk yang nak dibicarakan bukanlah
tujuk cinta...tetapi hati.

Firman Allah Taala,
Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati." (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. (Al Mulk 67:23)

Daripada Abu Abdullah al-Nu`man ibn Basyer رضي الله عنهما , beliau berkata, Rasulallah S.A.W.:

...Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Sebenarnya, hati ini sangat besar peranannya kepada jasad. Hati ini mudah terjentik, terpedaya dengan bisikan suara syaitan iblis. Kita sebagai hamba Allah yang lemah perlulah sentiasa memohon perlindungan padaNya agar hati yang kita miliki tidak dikotori oleh segala macam penyakit hati.

Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah tuhan selain Allah yang kuasa mengembalikannya kepadamu?" Perhatikanlah bagaimana Kami berkali-kali memperlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), kemudian mereka tetap berpaling (juga). (Al An'aam 6:46)

dan Kami adakan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Dan apabila kamu menyebut Tuhanmu saja dalam Al Quran, niscaya mereka berpaling ke
belakang karena bencinya, (Al Israa' 17:46)

Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka[20], dan penglihatan mereka ditutup[21]. Dan bagi mereka siksa yang amat berat. (Al Baqarah 2:7)

[20]. Yakni orang itu tidak dapat menerima petunjuk, dan segala macam nasehatpun tidak akan berbekas padanya.
[21]. Maksudnya: mereka tidak dapat memperhatikan dan memahami ayat-ayat Al Quran yang mereka dengar dan tidak dapat mengambil pelajaran dari tanda-tanda kebesaran Allah yang mereka lihat di cakrawala, di permukaan bumi dan pada diri mereka sendiri.




Dalam hati mereka ada penyakit[23], lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
(Al-Baqarah 2:10)

[23]. Yakni keyakinan mereka terdahap kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. lemah. Kelemahan keyakinan itu, menimbulkan kedengkian, iri-hati dan dendam terhadap Nabi s.a.w., agama dan orang-orang Islam.

Firman Allah Taala,
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf 7:179)

Jagalah hati sebaik-baiknya. Kerana hati yang baik mudah tunduk dan patuh padaNya. Ikhlaskan niat kita dalam melakukan segala amal soleh. Sulami jiwa dan perasaan ini dengan keindahan Islam. Suburkanlah cinta di dalam hati ini, cinta padaNya...kerana cinta itu bisa menyucikan hati ini. Jesteru...marilah kita sama-sama mengubat hati kita agar hati untuk menambah usaha dalam mencari cintaNya.


Ubat Hati [Tombo Ati (klik disini untuk dengar)]
1. Baca Al-Quran dan maknanya
2. Mendirikan solat malam (tahajjud)
3. Berkumpulan dengan orang soleh
4. Sentiasa berpuasa
5. Sentiasa berzikir malam


firman Allah lagi dalam Al-Quran,
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.(Ar Ra'd:28)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman[594] ialah mereka yang bila disebut nama Allah[595] gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Al-Anfal:2)

[594]. Maksudnya: orang yang sempurna imannya.
[595]. Dimaksud dengan disebut nama Allah ialah: menyebut sifat-sifat yang mengagungkan dan memuliakanNya.



Blog yang simili dengan tajuk diatas :D
1. Blog?
2. Religi
3.
.: ShoutuL DhomiR :. (blog pertamaku)

-nukilan: syabab-istisyhad-perinduCintaNya-
-comment amatlah dialu-alukan...demi memperbaiki nukilanku ini-