. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Pages

Showing posts with label nukilan sahabat pena. Show all posts
Showing posts with label nukilan sahabat pena. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

070 Yang percaya akan bahagia. Yang tidak hanya akan merana.

Assalamualaikum...
Pe habaq sume? Alhamdulillah.
Selalunya kalau blogger yang dah lama tak update blog mesti dorang buat pendahuluan macam ni "rasanya dah lama sangat aku tak update blog", "kesian blog ni...aku bukannya nak update slalu", "blog ni nampak berusang la sebab lame tak update", "maaf ye kawan-kawan, dah lama tak update blog", dan macam-macam lagi. Rasa kesal kecewa pasrah dukacita sedih mahupun sengsara jika tak update blog mesti ada pada seorang blogger. Sebab dorang sayang dekat blog dorang. Tak nak follower and reader lari lalu dan pergi. Sama la juga seperti istisyhad :D

Sebenarnya istisyhad ada seorang rakan blogger ni. Tak tau la dia kenal istisyhad ke tidak. Tapi istisyhad kenal dia sebab istisyhad salah seorang follower dia. Blog dia best. Banyak pengisian ilmu dan tarbiyah. Nama blog dia 'Kembara Mencari Diri' dan url blog dia 'traveloguediri.blogspot.com'. Sedihnya sebab dia punya blog dah been removed. tak tau kenape. Kalau tak caya tengok ni...
Tapi tak apa. Kita kena teruskan perjuangan pena kita dalam 'blogspot.com' ni. Dan cerita yang istisyhad nak bawak kali ni adalah salah satu cerita yang diposted di blog kembaramencaridiri. Sempat istisyhad copy sebab nak banyak kali baca cerita ni. Cerita yang penuh bermakna pada diri Istisyhad.
Selamat membaca...

Wednesday, February 23, 2011

068 Salam atau As-Salam

Assalamualaikum semua. Hari ini catatan copy and paste pena istisyhad hehe nak kongsi tentang kalimah awal pengucapan dan pembicaraan seseorang. Iaitu 'salam' dan 'assalam'. Article kat bawah ni di copy secara hikmah di atas link ini. Selamat membaca.
Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)
Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Sunday, December 19, 2010

064 Bumi Cinta

Salam semua.
Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Apa jua keadaan kita ketika ini, kita masih lagi dalam mengecapi kurniaan iman dan islam dariNya. Terasa lama pulak tak update blog. Ada seperkara yang nak di'blog'kan oleh aku disini.

Nak dimulakan cerita, semalam aku, dan beberapa orang rakan pergi outing kat Temerloh. Idea asal nak gi outing kat Kuantan. Huhu...jauhnya. Nak gi kuatan sebab nak ziarah seorang staff kolej. Tapi kami dapat tau dia dah keluar hospital. Syukur. Tetapi kami terasa gian nak keluar berjalan jugak. So, destinasi kami pilih adalah ke Temerloh. Nasib baik ade pemandu pelancung yang hebat. Sekitar pelusuk Temerloh dia tau jalan-jalan kat situ. Jadi, kami yang lain suruh dia bawa kami ke pustaka buku. Habis untuk bab lari topik. Hehe.

Dalam pustaka itu aku beli novel yang bertajuk 'Bumi Cinta' hasil karya Habiburrahman El Shirazy. Tak sempat nak baca kulit belakang novel ni aku terus je beli. Sebabnya aku tau buku ni da 'hot' kat pasaran Malaysia Indonesia. Macam  'Ayat-ayat Cinta' lah 'hot'nya novel ni. Ni gambar buku tu...



(cantek tak edit effect? hehe...eh sempat pulak dy ni!) Haa...lepas dah beli, time kat dalam bas nak balik baru aku baca kulit belakangnya...korang baca lah....mungkin akan membuat korang minat untuk memilikinya juga :) Baca ini :

Tuesday, December 7, 2010

061 Peter Sanders - Dari Mata Lensa ke Mata Hati



Fotografi vs Perubatan, bukan sahaja dua bidang yang berbeza malah arah yang cukup bertentangan.
Itu adalah satu dilema yang pernah saya alami dahulu.
Satu dilema yang tidak patut berlaku dan tidak boleh diterima logik akal, saya tahu.
Tetapi sampai ke tahap itu sekali minat yang mendalam dalam bidang fotografi.
Namun atas cita-cita yang tercipta sejak kecil, saya mengikut kata akal dan emosi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan walaupun hati kecil berkata sebaliknya.
Bukanlah saya tidak bersyukur dengan peluang yang diberi atau tidak 'passionate' dengan bidang yang saya pilih namun atas sebab komitmen dan tanggungjawab yang kian banyak menyebabkan saya kurang punyai masa untuk diluangkan bersama kamera tersayang.
Melihat sahabat-sahabat lain yang semakin maju dalam bidang fotografi, saya berasa sedikit cemburu dengan peluang mereka untuk terus mendalami dan melabur dalam bidang seni ini.

Thursday, November 25, 2010

059 Ketika Cinta Berbuah Syurga

(Thursday, 30 November 2006)
Kontribusi dari Habiburrahman El Shirazy

Di tanah Kurdistan , ada seorang raja yang adil dan soleh. Dia memiliki seorang anak lelaki yang tampan, cerdas, dan pemberani. Saat-saat paling menyenangkan bagi sang raja adalah ketika dia mengajari anaknya itu membaca Al-Quran. Sang raja juga menceritakan kepadanya kisah-kisah kepahlawanan para panglima dan tentaranya di medan pertempuran. Anak raja yang bernama Said itu, sangat gembira mendengar penuturan kisah ayahnya. Si kecil Said akan merasa jengkel jika di tengah-tengah ayahnya bercerita, tiba-tiba ada orang yang memutuskannya. Terkadang, ketika sedang asyik mendengarkan cerita ayahnya tiba-tiba pengawal masuk dan memberitahukan ada tamu penting yang harus ditemui oleh raja. Sang raja tahu apa yang dirasakan anaknya. Maka, dia memberi nasihat kepada anaknya,

Monday, November 8, 2010

055 TemanSejati


Teman sejati adalah teman sejati yang dia benar-benar
mahu berteman denganmu bukan kerana
darjatmu tepi kerana kemurniaan cinta itu
sendiri yang tercipta dari keikhlasan hati
mencintaimu kerana Allah.

Dan dengan dasar itu, kau pun boleh
mencintainya dengan penuh keikhlasan kerana
Allah.

Kekuatan cinta kalian akan melahirkan kekuatan
dasyat yang membawa manfaat dan kebaikan.

Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa
ke syurga



Dipetik dari novel yang bertajuk:
Di Atas Sejadah Cinta (Ketika Cinta Berbuah Syurga)

Dikarang Oleh (nukilan sahabat pena) :
Habiburrahman El-Sharizy

Sunday, November 7, 2010

054 Bicara Cinta hanya kamu dan Dia :`)

Punya cerita duka punya cerita luka
itulah namanya arca manusia
punya hati suka namun sakit saat terluka
itulah namanya jiwa manusia
mengukir saat bahagia
menancap waktu sengsara
itulah takdir Cinta Yang Esa
takdir itu mana mungkin menzalimi
tetapi itu tarbiyah Illahi
suka duka sengsara bahagia
nikmat Tuhan buat sang hamba
cuma manusia harus celik menilainya
buat orang muda
acara kamu masih menunggu puncaknya
walau terkadang salah bicara namun Dia tetap Cinta
walau terkadang sasar gayanya
Dia tetap menunggu dirimu berbicara
Bicara Cinta hanya kamu dan Dia
Bicara Cinta agung yang pasti tiada taraNya
berbahagialah orang muda
yang pasti tahu datang dan perginya
hanya disisi Tuhan Yang Esa :`)


nukilan sahabat pena...sungguh sedap puisi ini :)

Sunday, August 30, 2009

035 Mudah Kau Ketemui

Pilihan hati

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya.

Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..
Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung

Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai.

“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Copy paste from:
http://mujahadah.wordpress.com