. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Wednesday, January 27, 2010

045 Kisah seorang kawan

Pada waktu dahulu, aku ade seorang kawan non-muslim sebaya dengan umurku. Waktu itu kami belajar dalam kelas darjah 5. Kelas 5 Pintar. Dia bercerita ringkas padaku tenteng kisah perjalan hidup seseorang dalam dunia dan alam seterusnya...

Awak tau tak? Nanti kita mati pergi mane? Nanti dekat kita akan pergi ke suatu alam lain. Alam itu ada dua lubang. Kalau di dunia kita hidup jadi orang baik, nanti kita dapat masuk lubang baik. Masuk lubang baik dapat keluar jadi bayi semula dekat dunia. Kalau di dunia kita hidup jadi orang jahat, nanti kita masuk lubang jahat. Masuk lubang jahat, keluar jadi anak binantang or tumbuh-tumbuhan...

Huhu...itulah kisah dia. Dan pada Darjah 6 pula...dia diberitakan meninggal dunia akibat masalah jantung. Moral of STORY: find it yourself..hehe


Tuesday, January 19, 2010

044 ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

Haritu jalan-jalan kat internet. Terjumpe article ni. tapi xpasti la dari laman web mana. Sesiapa rasa article ni dia yang punya...syukran sebab share ilmu. JAZAKALLAHUKHOIR...moga Allah membalas kebaikan mu dengan kebaikan. :D

Al-Imam al-Ghazali menggariskan adab-adab di bawah agar diamalkan oleh seseorang penuntut ilmu.Perkara ini wajar diberi perhatian untuk mendapat keberkatan darinya.

1. Mengikhlaskan niat menuntut ilmu untuk mendapatkan keredhaan Allah.
2. Hendaklah bertaqwa kepada Allah setiap masa.
3. Menimbulkan rasa MuraqabatulLah dalam diri.
4. Bersifat Tawadhu’ dan tidak menyombongkan diri .
5. Melatih diri dengan sifat Qana’ah dan Zuhud.
6. Menghiasi diri dengan Kehormatan diri ( Al-Muru`ah ).
7. Menjauhi kemewahan tanpa keperluan.
8. Berpaling dari perkara sia-sia.
9. Bersikap lemah lembut.
10. Banyak melakukan Tafakkur dan Merenung.
11. Mempunyai prinsip yang tetap dalam kebenaran dan berjaga-jaga terhadap sesuatu berita yang diterima.
12. Memelihara kehormatan guru.
13. Mencatat ilmu yang diperolehi.
14. Beramal dengan apa yang dipelajari
15. Mendoakan kebaikan bagi gurunya.
16. Hindari teman yang merosakkan.
17. Bercita-cita tinggi.
18. Menjaga hafalan.
19. Amanah terhadap ilmu yang dipelajari.
20. Menguruskan masa dengan bijak.
21. Merujuk kitab-kitab yang lebih besar.
22. Sentiasa berdiskusi dengan hikmah.
23. Melakukan ulangkaji supaya tidak terlupa.
24. Mempelajari ilmu alat yang berkaitan dengan disiplin itu.
25. Menjauhi perkara syubhat.
26. Jauhi buruk sangka.
27. Jauhi orang yang melakukan bid’ah.
28. Hormati ahli ilmu yang dikenali dengan kebaikannya, muhasabahlah mereka dengan cara yang terbaik tanpa merendahkan mertabat mereka.
29. Jawablah “Saya tidak tahu” jika anda ditanya dalam perkara yang anda memang tidak tahu.
30. Jauhi bergurau yang berlebihan.


-dipetik dari Kitab Ihya` Ulumiddin Bab al-Ilm wa Fadhluh

Kata al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’iey dalam Dewan al-Syafi’iey

أخي لن تنال العلم إلا بستة
سأنبيك عن تفصيلها ببيان
ذكاء وحرص واجتهاد وبلغة
وصحبة أستاذ وطول زمان


Maksudnya :
Saudaraku ! Engkau takkan dapat mencapai ilmu melainkan dengan 6 perkara
Akan kukhabarkan kepadamu dengan penjelasannya
Kecerdikan, kesungguhan,kerajinan, dan makanan berkhasiat yang tidak berlebihan
Dan berkawan dengan gurumu dan lamanya tempoh belajarmu.

Tuesday, January 5, 2010

043 Cubaan 2

Wallpaper...created by ZakiE
Adobe Photoshop CS3
Cincai je wat ni..huhu
Sila kritik lukisan diruangan comment
Syukran

042 Aku Cinta Buku

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah
Buku yang sedang aku baca ketika ini...





Buku ini dihadiahkan oleh abang iparku...
JAZAKALLAHUKHOIR!!!
syarat aku memilikanya adalah mengkhatam buku ini...
insyaAllah...
moga dipermudahkan.















Tapi, semasa selak buku banyak-banyak kat kedai buku tadi aku terbaca satu kata-kata hikmah menarik. Kata-kata hikmah tu sempat aku tangkap gamba dalam handphone yang tak berapa canggih ni...kata-kata hikmah tu tertulis...(xtau lak pe name tajuk buku ni)

"Dunia adalah kesedihan dan kekecewaan.
Istana yang megah, lengkap dengan pegawal
yang ada di dalamnya, tubuh yang sihat, harta yang banyak,
anak yang ramai, semua yang demikian tidak ada ertinya
jika kesudahan yang akan datang hanya
kemiskinan, perpisahan, kesakitan, dan kematian."

Moga hadiah buku dan kata hikmah itu dapat membantu aku mencari dan terus mencari ilmu dan mengubat hati yang penuh bintik hitam ini. Wasalam


Friday, January 1, 2010

041 Zikir, Doa, Amalan yang terbaik

Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, bahwa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersanda, "Zikir yang terbaik adalah "Laa ilaaha illallaah" dan doa yang terbaik adalah "Alhamdulillah" .

(Riwayat Tirmizi, katanya hadith ini hassan gharib)

Daripada
Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidaklah seorang hamba Allah mengucapkan kalimat "Laa ilaaha illallaah" dengan ikhlas melainkan dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga kalimat itu sampai ke Arsy Illahi, selama ia meninggalkan dosa-dosa besar."

(Riwayat Tirmizi, katanya hadith ini hassan gharib)

Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a. bahawasanya ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Manakah amalan Islam yang terbaik?" Beliau menjawab: "Iaitu engkau memberikan makanan dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang sudah engkau kenal dan orang yang belum engkau kenal."

(Muttafaq 'alaih)