. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Thursday, July 21, 2011

078 10 WASIAT HASSAN AL-BANNA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1)Wahai kawanku,
Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan.Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan
Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ...dimulakan dengan menyebut solat di awalnya.Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya.Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman
Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku,
Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari
Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita...
Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan?
Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah
yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi
Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah
kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair :
Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau
Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!!
Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita...
Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya
Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku,
Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain
Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah...mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama.
Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie.
-untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
-untuk menghapuskan kemungkaran
-kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
-kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku,
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!!
Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci
Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan.
Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..)
Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!!
Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.

Friday, July 1, 2011

077 KESILAPAN BESAR ORANG YANG BERGELAR 'BLOGGER'!!!

Bicara Wardina Safiyyah...

Salaam,
27/6/2011

Di dalam masa yang saya sangat sibuk dan tak menang tangan memenuhi segala permintaan, pelawaan dan undangan berbagai pihak yang mahu saya turut serta dalam program mereka... saya cuba juga sedaya upaya, sambil-sambil perlu menyiapkan tugasan, bekerja, menjaga anak-anak yang memerlukan perhatian....saya masih cuba untuk turun padang dalam apa jua acara yang baik dan berguna untuk memberi kesedaran dan mengajak orang berjuang ntuk 'kebaikan'... Di sambil memberi inspirasi saya juga selalu mendapat inspirasi tatkala berjumpa dengan orang ramai. Ianya seolah-olah satu medan di mana setiap kali habis selesai program, saya berjanji pada diri supaya lebih baik lagi...menjadi orang yang lebih baik lagi.... I just love meeting people....

Mesej saya mudah..mari kita makmurkan dunia ini supaya ianya lebih baik..kerana kita ini Khalifah di muka bumi ini...tapi dalam masa yang sama kita ini juga 'hamba'.. Menarik bukan? Kita "Tuan" tapi kita juga "hamba"..2 ekstrim yang berbeza....tahukah kita, bahawa kita ini hidup di muka bumi ciptaan Allah ini setelah mendapat 'bantahan' dari para malaikat? Bukan iblis je tak senang hati apabila manusia diciptakan...

My Question is - Dengan adanya kita dimuka bumi ini ADAKAH DUNIA INI LEBIH BAIK? Is this world a better place with me around?? What have I done to make this world a better place? Ambil masa untuk menjawab soalan saya ini...

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi setelah Allah menjadikannya (makmur/teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu orang-orang yang beriman" Al-A'raf ayat 85

Tidak mahu saya menjadi antara orang yang membuat kerosakan.... Sekali lagi saya tegaskan kebergantungan kita bukan kepada orang tapi pada Allah. Saya yakin dan percaya kepada Allah. Kerana tujuan kita orang Islam sudah jelas.....

Untuk bertasbih beribadat memuji Allah.... Az-Zariat 56#"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku "

Kalau kita tidak menyembah Allah maka kita tidaklah layak hidup di muka bumi ini. Sudah berapa tahun kita hidup?  Jantung kita tidak berhenti berdegup sejak dari usia kita 5 minggu dalam kandungan...Bersyukurlah...Pujilah Dia yang memberi air dan udara serta degupan jantung itu kepada kita......Tapi...INGATLAH! -

Beribadah itu juga bukan hanya di masjid....

Oleh kerana inilah saya menambil dan menggalas tanggungjwab ini melakukan apa yang boleh  untuk menyebar mesej "kebaikan" di mana sahaja.... Saya sedar di mana saya di mata masyarakat...saya mempunyai pengaruh yang tersendiri... dan apa yang saya lakukan dan katakan mempunyai kesan yang tersendiri khususnya buat peminat-peminat saya.

Saya tidak pula mahu mencari musuh dan tidak mahu pula melakukan kerosakan....saya merasakan setiap manusia itu sama di sisi Allah dan yang membezakan kita cumalah TAQWA kita...

Oleh kerana ini saya tidak pernah pilih bulu - tidak pernah memilih-milih dengan siapa saya berkawan dan bergaul... asalkan mesejnya baik saya pergi.Asalkan orang itu baik saya menyambut persahabatan. Malah kalau tidak baik sekalipun saya tetap berkawan.  Akan tetapi saya melihat ketidakmatangan kita di Malaysia ini terserlah apabila tiap kali saya (atau sesiapa sahaja) duduk semeja atau berjumpa mahupun berkawan dengan mereka dari 'ideologi' yang berbeza...

Saya pernah dihentam kerana berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz...kini sekali lagi saya menjadi bahan tomahan apabila saya duduk semeja dengan YB Azmin Ali...

Soalan pertama saya. Salahkah? Ini adalah negara bebas di mana saya mempunyai hak duduk berbincang dengan sesiapa sahaja...  Berbagai "versi" kini tersebar di internet. Hakikatnya mereka yang menulis ini semua memanglah menampakkan ketidakmatanagan dan memperihatkan rendahnya mentaliti dan cara pemikiran mereka. Saya terpanggil untuk menceritakan hal yang sebenar supaya anda boleh mendengar dari mulut saya sendiri. Tiada seorang pun "blogger" media baru itu menghubungi saya bertanyakan kisah sebenar. Bahasa dan cara mereka menulis mengerikan saya. Amat parah sekali jiwa mereka. Jika mereka ini mewakili UMNO dan BN, saya mengharapkan ada diantara pihak atasan "menegur" anak buah mereka ini....

  • Saya telah dipanggil oleh YB Nik Nazmi untuk turut serta bersama dalam Karnival Mesra Rakyat bersama dgn Uthaya Sankar, Safee Sali dan ramai lagi pada pagi Sabtu tersebut. Saya yakin tiada agenda politik dalam program ini maka saya bersetuju. Saya diminta memberi MOTIVASI KEIBUBAPAAN (satu bidang yang memang dekat dengan hati saya)
  • Akan tetapi saya tidak dapat hadirkan diri pada pagi tersebut kerana hal yang tidak dapat dielakkan, maka disuruh oleh YB untuk hadir pada majlis penutupan pada waktu malam pula. Saya bertanya apa sebenarnya program malam itu. Perlukah saya hadir? Kerana seikhlasnya saya sudah teramat penat kerana baru lepas pulang dari satu lagi program di SIRIM Shah ALam bersama 400 wanita dan remaja perempuan. YB menegaskan bahawa ramai menantikan kehadiran saya. He insisted me to come.
  • Tiada siapa memberitahu saya apa agenda malam itu.Walaupun berkali-kali saya bertanya. Saya dibawa ke restoran untuk makan malam. Kemudian saya diberitahu YB Azmin sudah sampai. Saya tidak pula tahu, kerana tiada siapa memaklumkan kepada saya. YB Azmin bukanlah seorang penjenayah dan saya bukanlah seorang yang biadap.Kami berbual dan ini kali pertama saya berbual dengan beliau. Saya berjumpa dengan ramai orang...janganlah begitu jumud dalam pemikiran. Bagaimana pula gambar saya dengan Datin Seri Rosmah Mansur? Ada yang nak tolong sebarkan?

Saya sedar implikasinya sekiranya saya kelihatan duduk semeja dengan beliau. Tetapi saya merasakan bahawa amat perlu untuk kita tidak berfikiran sempit dan menghormati hak saya atau sesiapa sahaja untuk bertemu dan berbincang denagn sesiapa pun! Saya tidak melakukan kesalahan.

Saya dijemput berucap untuk memberi motivasi kepada penduduk di situ hanya untuk 10 minit. Saya jujurnya agak terkilan kerana diberi masa yang begitu singkat. Sepatutnya saya tidak perlu pun hadir. Tetapi saya ini orang yang berpegang kepada janji. Saya sepatutnya dimaklumkan dengan lebih terpenci mengenai apa yang akan berlaku.

Sepatutnya lebih berkesan jika saya turun padang dan mengadakan motivasi bersama ibu-ibu dalam kumpulan yang lebih kecil agar impaknya lebih terkesan. Saya megakui saya tidak berapa gemar dikaitkan dengan mana-mana parti politik dan saya amat dukacita dengan apa yang berlaku. Buat masa ni lebih banyak yang dapat saya sumbangkan sekiranya tidak menyertai mana-mana parti politik...anatara sebabnya juga saya merasakan kita di Malaysia belum mencapai satu tahap yang benar-banar 'matang dan tulus' maka saya sememangnya tidak teringin pun melibatkan diri dalam politik....

Tetapi saya percaya ada hikmahnya disebalik semua ini. Semoga kita bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan orang-orang yang kronik dalam jiwa mereka. Blogger yang seolah-olahnya tiada kerja lain selain mencaci orang lain dan menulis dalam cara yang tidak ilmiah serta menjengkelkan. Tiada rasa malu dan bersalah menyebarkan fitnah pada saya (dan juga orang lain). Apa nak jadi dengan Malaysia? Apa nak jadi dengan oang Melayu? Bangunlah dan gunakanlah akal yang diberi ini kita ini untuk berfikir....

Sedarlah "Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, Sungguh leih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?" Al-Ana'm #32

Bermainlah kamu.... saya tidak terpedaya dengan dunia yang sementara..kerana saya yakin pada yang Esa...Itu kekuatan saya.

-Wardina Safiyyah-