. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Tuesday, January 27, 2009

014 Sentuhan Hati Palestin


Kian ku merasa,

Berat mata memandang,

Lebih berat bahu yang memikul,

Lebih berat beban yang dirasaimu,

Meskipun semua sedar atas penderitaanmu,

Dibanjiri darah insan yang tidak berdosa,

Memapar gelaran syahid di setiap sudut hati yang melihat,

Menghadirkan kesedihan demi kesedihan di hati kami,

Bahkan, menghadirkan api kemarahan dalam diri kami yang kian membara,

Membara dan terus membara,

Takkan terpadam meskipun dicurah air lautan dunia,

Takkan terpadam meskipun ditiup angin sekencang mungkin,

Yang membaranya api itu hanya kerana kaum laknatullah,

Kaum yang memikirkan segala tindak-tanduk yang mereka lakukan hanyalah untuk kedamaian,

Kaum yang Allah menjanjikan tiada tanah dimuka bumi ini,

Kaum yang tiada perasaan terhadap wanita, kanak-kanak, dan orang tua,

Pastinya bara api itu amat sukar dipadam,

Kami saksi,

Beribu-ribu jenazah syahid dan syahidah diusung setiap hari,

Wanita-wanita merintih menangis kesedihan,

Mengalirkan air mata milik cinta Ilahi,

Lambang kepada jutaan penderitaan,

Kanak-kanak yang masih menagih ilmu itu menjadi mangsa kekejaman,

Melaung, merintih kesakitan,



Syabab-syabab harapan bangsa, berjuang sepenuh jiwa mereka,

Dengan meletakkan sepenuh harapan, sepenuh harapan,

Hanya kelengkapan batu-batu dalam genggaman mereka sebagai senjata,

Keyakinan, keteguhan hati mereka sungguh luar biasa,

Menyakini sekecil batu mampu menumpaskan sebesar kereta kebal,

Menepikan segala kemusykilan,

Meletakkan Allah sebagai tujuan,

Meletakkan Allah sebagai pertolongan,

Terus dan terus berjuang,

Dalam mengejar cita-cita syahid di jalanNya,

Dalam mengejar kedamaian di dunia Palestin,

Demi membebaskan Baitul-Maqdis,

Terus berjuang,

Allah dekat denganmu,

Allah sentiasa disampingmu,

Allah bersamamu,

Sungguh,

Menyaksikan kesemua itu,

Kami merasakan kami ingin bersamamu,

Kesemua itu,

Membuangkan rasa kedamaian yang kami kecapi disini,

Kami mengiringikan doa,

Kami menghadirkan harapan yang meninggi pada Ilahi,

Kami ingin bersama-samamu dalam mengejar cita-cita,

Kami ingin bersama-samamu dalam melindungi Baitul-Maqdis,

Kami ingin bersama-samamu dalam menengakkan kalimah Ilahi,

Kami ingin bersama-samamu,

Kami benar-benar ingin bersama-samamu.

Andai peluang terbuka luas,

Pasti kami bersamamu,

Pasti bersamamu.



Sunday, January 25, 2009

013 Isi Di Cuti Hari

Alhamdulillah, hari ini dah masuk lebih 3 minggu dalam tahun 2009. Sejujurnya...dari hari pertama sekolah sampailah hari Jumaat lepas, input yang dapat dari sekolah amat banyak. Apatah lagi kerja sekolah yang cikgu-cikgu bagi. Banyak tak terkata. Nak rasa tertekan pun ade. Tapi aku buat tak hirau je. Tak nak pikir tekanan. Nanti memang tertekan. Cuma lebih menyusahkan, sekolah dah melaksanakan sistem baru. Sistem de`Merit. Pernah dengar? Sistem ni kebanyakkannya digunakan hanya di sekolah-sekolah tertentu. Apa yang susah? Susah dan menyusahkan. Setiap pelajar akan menerima 500 mata. Kalau langgar peraturan siket mahupun banyak...pihak sekolah akan de`Merit markah. Maknanya, potong markah yang diberi. Apa yang pastinya, takde tambah-tambah. Pelik an?? Ade jugak sekolah lain yang pakai sistem ni. Tapi, ade je topup(tambah) merit. Tapi sekolah aku takde. Jadi, kerja sekolah kenelah buat.Bila cikgu bagi kerje sekolah...mesti cikgu ugut pasal Merit. Huhu...best nye! Inilah kehidupan seorang pelajar di sekolah yang berasrama. Kalau de lagi minggu yang sekolah bagi balik umah, Insya`Allah aku tambah citer asrama yang best-best plak. Duduk kat asrama payah nak bukak internet. Tuu pun ade la seteng-seteng pengawas yang dapat bukak. Aku? Tak! Aku bukan pengawas. Bila balik umah baru dapat duk depan PC...Tuu je...Wsalam.