. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Monday, May 16, 2011

073 Elemen Kasih Guru

Salam...
Hai...Apa khabar semua?
Tarikh hari ini 16 Mei 2011. Semua orang Malaysia pun tahu hari ini hari guru, kecuali kawan-kawan kita yang jenis tak beli surat khabar, tak pergi sekolah, tak tengok TV, tak keluar rumah, tak bukak fesbuk, dan tak baca blog ni. Komfem-komfem dorang tak tahu yang hari ni adalah hari guru. Hihi.

Sebelum tu, saksikan video ni dulu...
 

Mesti teringat-ingat zaman kat sekolah dulu kan? Manusia memang macam ni. Masa sekolah rasa berat dan malas. Masa dah habis sekolah, "andai dapat ku putar masa", barulah nak sedar. Selalunya kita jumpa senior-senior kita pun macam tu. Mesti dorang cakap, "korang belajarlah betul-betul, nanti korang dah habis sekolah barulah rasa menyesal. Janganlah jadi macam kitorang ni". Dah ni, kita dah habis sekolah, kita pulak cakap kat junior camtu. 

Apa-apa pun kita kembali kepada tajuk asal. Elemen Kasih Guru. Dah jutaan lagu, jutaan kisah, jutaan puisi mengenai guru. Betapa besarnya penghargaan terhadap guru. Bahkan jika seseorang guru itu telah menyahut panggilan ilahi, tetap lagi orang ramai gelar 'arwah cikgu'. Bangganya kalau dapat jadi guru. Bila guru masuk saja kelas, ramai-ramai anak murid mendoakan kesejahteraan mereka. Betulkan? "Selamat Pagi Cikgu", "Selamat Sejahtera Cikgu", "Assalamualaikum warahmatullahiwabarakutuh Cikgu". Nah, semuanya mendoakan kesejahteraan buat guru. Kalau satu hari, seorang guru ada 5 kelas yang perlu diajarnya, kalau setiap kelas ada 30 lebih murid, bayangkan kalau guru itu sudah 20 tahun menjadi guru. Banyaknya doa kesejahteraan yang diterimanya.

Belum lagi keluar hadis, pernah dengar tak hadis nabi yang berbunyi,
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
MasyaAllah. Banyaknya pahala guru, memberi ilmu yang berfaedah kepada orang lain. Pahala yang berterusan. Tak kisahlah kalau guru tu mengajar dekat sekolah menengah ke, sekolah rendah ke, ataupun tadika, pasti pahala mengajar tu akan menjadi berlipat kali ganda. Anda tak teringin menjadi guru??? Tak semestinya kena pergi belajar kat maktab dulu. Jadi guru kepada kawan-kawan, adik-beradik, jiran-jiran kita pun boleh.

Baiklah murid-murid semua, hari ini cikgu nak bagi tahu latar belakang akademik cikgu. Memandangkan blog ini, cikgu yang punya, maka pangillah cikgu 'cikgu' meskipun cikgu bukan 'cikgu'. Haha. Sila keluarkan alat tulis dan buku catatan. Pastikan murid-murid semua catat perkara-perkara yang penting ya. -.-" berangan nak jadi cikgu plak hari ni.

 Ini tempat-tempat belajar serta tahun yang pernah aku dan guru bersama =)

Tahun-Umur-Tempat Belajar

1997-1998 (5-6 tahun)              Tadika PASTI Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur
1999-2004 (Darjah 1-6)            Sekolah Kebangsaan Kepong Baru
2005-2007 (Tingkatan 1-3)        Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur
2008   (Tingkatan 4*sekejap je)        Sekolah Menengah Kebangsaan Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur
2008-2009 (Tingkatan 4-5)        Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru yang mengenali diri saya. Semoga cikgu terus berada dibawah Rahmat dan Kasih SayangNya. Sekian. Wassalam.

Wednesday, May 11, 2011

072 Langkah MenCintai Allah

Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Manusia sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun cinta yang hakiki yang tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cinta Allah-lah yang layak dikejar. Amalkan petua-petua berikut bagi merasai manisnya mencintai Allah.

  • Amalkan segala suruhan Allah dengan bersungguh-sungguh dan tanpa banyak soal dan alasan.
  • Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa "tidak sedap hati" saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan menjauhkan diri daripada maksiat.
  • Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.
  • Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita pada Allah pada setiap masa.
  • Reda atas segala ketentuan qadak dan qadar terutamanya jika ditimpa musibah.
  • Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah, termasuk hati dan juga lidah.
  • Anggap dunia sebagai sebuah penjara. Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Dunia itu penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir." (Riwayat Muslim no. 7606) Apakah bekalan yang biasanya dibawa balik oleh banduan? Apakah dia mampu membawa harta kekayaan atau sijil yang mengiktiraf tahap inteleknye? Banduan biasanya hanya mampu membawa keluar sama ada sikap lamanya atau sekeping hati yang bersih.
  • Renew. Sentiasalah perbaharui cinta kepada Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirehat hanyalah di akhirat. Lepas satu kebaikan dikerjakan, lakukanlah yang lain pula.
  • Aktif. Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah akan ibarat peniaga yang tamak, pantang ada peluang melakukan ibadah akan terus dilaksanakan tanpa tawar-menawar.
  • Ikhlas. Pastikan cinta kepada Allah ikhlas hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya.
  • Pinta. Jangan menganggap bahawa dengan amal ibadah semata-mata telah menyampaikan diri kita kepada cintaNya. Oleh sebab itu, pintalah daripada Allah cintaNya dan laksanakan amalan yang disukainya.
  • Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenciNya.
dipetik dari MAJALAH SOLUSI ISU#23 pg19 ^^

    Sunday, May 1, 2011

    071 BicaraCinta berwajah baru!

    Jemput Masuk ^^
    Salam
    Ahlan wa sahlan.
    Selamat Datang ke blog BicaraCinta versi terbaru. Sebagaimana yang Istisyhad janjikan pada entri 'underProgression', blog ini telah pon berubah wajah seperti apa yang anda lihat sekarang. Blog ini tidaklah seberapa hebat jika hendak dibandingkan seperti blog kepada blogger-blogger yang hebat, yang komen posting mereka mencecah sehingga 10-20 komen. Ataupun 20-40 komen. Ataupun 40 hingga infiniti komen. Haha.

    Namun dilembar alam maya ini, Istisyhad amatlah menyayangi blog ini seakan seseorang menyayangi rumah kediaman mereka. Rumah kediaman kita pasti kita jaga baik-baik bukan? Jika didalam rumah kita berselerak, kita kemas. Jika warna rumah dinding kita lusuh, kita cat. Jika laman rumah dipenuhi dengan sampah sarap, kita sapu. Jika tinggkap rumah kita berhabuk, kita lap. Lagi-lagi jika ada saudara-mara nak datang rumah, pastinya rumah kita itu kita perkemaskan dengan sebaik mungkin. Tetamu yang datang kediaman rumah kita, kalau dia tengok rumah kita cantik, indah, sejuk mata memandang, dilayan dengan istimewa, pasti dia nak datang lagi. Tetapi andai kata situasinya pula adalah sebaliknya, kita pun sendiri tahu jawapannya.

    Jadi, terjawablah sudah mengapa bicaraCinta berwajah baru. Blog ini masih lagi ada didalam kondisi tidak siap sepenuhnya dan Istisyhad sedang mengusahakan yang terbaik. Moga dipermudahkan olehNya. Terima Kasih kerana meluangkan masa disini. Sekian...wasalam.

    p/s selamat menjalani walimah urus kepada pemilik blog :: CintaTeratas :: moga semuanya berjalan lancar :)