. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Monday, May 16, 2011

073 Elemen Kasih Guru

Salam...
Hai...Apa khabar semua?
Tarikh hari ini 16 Mei 2011. Semua orang Malaysia pun tahu hari ini hari guru, kecuali kawan-kawan kita yang jenis tak beli surat khabar, tak pergi sekolah, tak tengok TV, tak keluar rumah, tak bukak fesbuk, dan tak baca blog ni. Komfem-komfem dorang tak tahu yang hari ni adalah hari guru. Hihi.

Sebelum tu, saksikan video ni dulu...
 

Mesti teringat-ingat zaman kat sekolah dulu kan? Manusia memang macam ni. Masa sekolah rasa berat dan malas. Masa dah habis sekolah, "andai dapat ku putar masa", barulah nak sedar. Selalunya kita jumpa senior-senior kita pun macam tu. Mesti dorang cakap, "korang belajarlah betul-betul, nanti korang dah habis sekolah barulah rasa menyesal. Janganlah jadi macam kitorang ni". Dah ni, kita dah habis sekolah, kita pulak cakap kat junior camtu. 

Apa-apa pun kita kembali kepada tajuk asal. Elemen Kasih Guru. Dah jutaan lagu, jutaan kisah, jutaan puisi mengenai guru. Betapa besarnya penghargaan terhadap guru. Bahkan jika seseorang guru itu telah menyahut panggilan ilahi, tetap lagi orang ramai gelar 'arwah cikgu'. Bangganya kalau dapat jadi guru. Bila guru masuk saja kelas, ramai-ramai anak murid mendoakan kesejahteraan mereka. Betulkan? "Selamat Pagi Cikgu", "Selamat Sejahtera Cikgu", "Assalamualaikum warahmatullahiwabarakutuh Cikgu". Nah, semuanya mendoakan kesejahteraan buat guru. Kalau satu hari, seorang guru ada 5 kelas yang perlu diajarnya, kalau setiap kelas ada 30 lebih murid, bayangkan kalau guru itu sudah 20 tahun menjadi guru. Banyaknya doa kesejahteraan yang diterimanya.

Belum lagi keluar hadis, pernah dengar tak hadis nabi yang berbunyi,
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
MasyaAllah. Banyaknya pahala guru, memberi ilmu yang berfaedah kepada orang lain. Pahala yang berterusan. Tak kisahlah kalau guru tu mengajar dekat sekolah menengah ke, sekolah rendah ke, ataupun tadika, pasti pahala mengajar tu akan menjadi berlipat kali ganda. Anda tak teringin menjadi guru??? Tak semestinya kena pergi belajar kat maktab dulu. Jadi guru kepada kawan-kawan, adik-beradik, jiran-jiran kita pun boleh.

Baiklah murid-murid semua, hari ini cikgu nak bagi tahu latar belakang akademik cikgu. Memandangkan blog ini, cikgu yang punya, maka pangillah cikgu 'cikgu' meskipun cikgu bukan 'cikgu'. Haha. Sila keluarkan alat tulis dan buku catatan. Pastikan murid-murid semua catat perkara-perkara yang penting ya. -.-" berangan nak jadi cikgu plak hari ni.

 Ini tempat-tempat belajar serta tahun yang pernah aku dan guru bersama =)

Tahun-Umur-Tempat Belajar

1997-1998 (5-6 tahun)              Tadika PASTI Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur
1999-2004 (Darjah 1-6)            Sekolah Kebangsaan Kepong Baru
2005-2007 (Tingkatan 1-3)        Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur
2008   (Tingkatan 4*sekejap je)        Sekolah Menengah Kebangsaan Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur
2008-2009 (Tingkatan 4-5)        Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru yang mengenali diri saya. Semoga cikgu terus berada dibawah Rahmat dan Kasih SayangNya. Sekian. Wassalam.

No comments: