. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Friday, November 28, 2008

005 Si Syahid Kecil

dipetik dari Ukhuwah.com



Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Di bawah.....

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik selimut semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik.

Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu Akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa. Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tabir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali.

Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid, abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi. Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang adik sangkakan. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid, mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan- kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana?" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang rongak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.



Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmanirrahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung- laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid", muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil, bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba..... "Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuh adik untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu- mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.

"Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid, adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik. Wallhua'lam.

"Sesungguhnya kami mendidik generasi pejuang hari ini 20 tahun sebelum kelahiran mereka."- Osama Ben Laden

" Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu." - Al-Fajr: 27-30-

Begitu besar jihad dan pengorbanan yang mereka (rakyat Palestin) perlu lakukan. Demi Agama dan negara yang dicerobohi oleh yahudi laknatuLlah..... sedangkan apakah jihad yang telah kita lakukan?......

Tuesday, November 25, 2008

004 Cinta

Written by Ahmad Umair b. Zulkefli
Saturday, 27 September 2008 01:56
dipetik dari Halaqah Online

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber’couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber’couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah,

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Surah An-Nur(24) ayat 30. Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman,

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”

Surah An-Nur(24) ayat 31. Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5 di sekolah-sekolah yang mengambil aliran agama. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**

(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya. Firman Allah,

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26.

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu. Firman Allah,

“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya. Firman Allah, “Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-A’raf ayat 201.

Para pembaca adalah diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah..

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22,

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11 :

“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah,

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan:Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151). Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151. "

Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23,

”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,

”Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah " HARAM ". Wallahua’lam..

" PERINGATAN INI BERGUNA KEPADA JIWA-JIWA YANG MEMBUKA PINTU HATINYA UNTUK SETIAP KEBENARAN YANG NYATA DAN MENCARI KEBAHAGIAAN CINTA YANG HAKIKI DI SISI ILLAHI "

Monday, November 24, 2008

003 Kerana Dia Manusia Biasa

Written by ikhwan
Monday, 10 November 2008 15:22
taken from Halaqah Online

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti iniselalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,
dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati.Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.
Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis
pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan?
Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual-hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. ehehehehehe........

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya
membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu…......



************ ********* *********
********* ********* *********
*********
********* ********* ********* *********
********* ********* *********
********* ********* ********* *********
*******
Kepada Yth .........

Calon isteri saya,
calon ibu anak-anak saya,
calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan.
Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir.
Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar,
tapi saya mohon,
bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............
menginginkan anda ............untuk menjadi isteri saya.
Saya bukan siapa-siapa.
Saya hanya manusia biasa.
Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja.
Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi
keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah.
Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya.
Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa,
yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.
Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya.
Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya.
Saya hanya manusia biasa.
Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu.
Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati.
Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya.
Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda?
Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda.
Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah.
Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya,
juga sunnah Rasulullah.
Saya tidak barani menjanjikan apa-apa,
saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya.
Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan.
Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* *********
********* ********* *********
*********
********* ********* ***
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"


"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur
semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam
rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya
kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah
pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah
dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam

002 Lamaran dari Palestine

Written by - mujahidah syahid -
Sunday, 23 November 2008 07:30
taken from Halaqah Online


Dalam kedinginan air cond di bilik
kuliah ini, tiba-tiba bebola mataku
tertarik kepada seorang gadis yang
bertudung litup, berpakaian jubah, dan
berwajah kearaban. Hatiku
tertanya-tanya, “dari mana pulak minah
arab ni?”. Aku perhatikan gadis arab
yang duduk di sudut dewan kuliah itu
hanya keseorangan dan membaca sambil
menunggu pensyarah masuk. Sedang aku
memasang langkah untuk mendekati gadis
itu dan berbual-bual dengannya,
tiba-tiba pensyarah sudah ada di depan.
Pada kuliah itu pensyarah sejarah
pemikiran ekonomi, Professor Ikhwan
telah membahagikan kami kepada beberapa
kumpulan untuk diberikan tugasan dalam
kumpulan. Alangkah gembiranya hatiku
apabila mendapat tahu bahawa gadis arab
itu satu kumpulan denganku. Selepas
kuliah kumpulan kami mengadakan sedikit
perjumpaan. Pada masa itu aku
berkesempatan mengenali gadis arab itu
dengan lebih dekat lagi.



“Assalamualaikum”, sapaku.
“waalaikumsalam warahmatullah”, jawab
gadis arab itu sambil tersenyum manis.
“Kamu boleh cakap melayu tak?”, tanyaku
dalam nada yang kurang yakin.
“Saya sudah lima tahun di sini dan boleh
berbahasa Melayu”, jawab gadis dengan
Bahasa Melayu yang lancar. Kagum sungguh
aku dengan kebolehan berbahasa Melayu
gadis arab ini.
“Oh ya, nama saya Afanizam”.
“Nama saya Siti Hawa dari palestin”.
Rupa-rupanya gadis arab ini berasal dari
palestin. Sebuah negara yang menjadi
perhatianku
kerana kerakusan penceroboh dari bangsa
yahudi. ini buatkan aku ingin bertanya lagi.
“Kat sana tiada universiti ke?”.
“Ada, tapi sudah musnah oleh keganasan
Israel”, jawab Siti Hawa dalam nada yang
sedih.
“Negara kamu sekarang tengah bergolak,
apa peluang perkerjaan kamu di sana
selepas habis
belajar ?”
“Memang kami tidak ada peluang tetapi
sekurang-kurangnya kami telah
melaksanakan tuntutan
islam supaya mencari ilmu, kan menuntut
ilmu tu satu ibadah, betul tak?”.
“Betul. Betul”. jawabku sambil tersenyum.
“Sebenarnya saya sungguh simpati dengan
nasib saudara-saudara kita di sana, dan saya
menyokong apa jua gerakan untuk
membebaskan bumi Palestin dari
pencerobohan Israel”.
“Terima kasih, saya begitu hargai
sokongan kamu dan masyarakat disini.
Sebenarnya kami
bukanlah pengganas seperti yang didakwa,
malahan kami dahulu yang telah diganasi oleh
israel”.
“Keluarga kamu macam mana?”, tanyaku lagi.
“Kedua-dua ibu bapa saya telah terkorban
dalam satu serangan tentera Israel”.
“Oh, saya minta maaflah. Semoga kamu
bersabar”.
“Tak apa, saya redha dengan apa yang
terjadi, eh sabtu depan kampus ada
majlis keamanan
sejagat untuk palestin, kamu datanglah
sebagai tanda sokongan kepada perjuangan
kami”.
“Insya-Allah”, jawabku.
“Oklah, saya minta diri dulu kerana ada
kelas”, pinta Siti Hawa.
“Oklah jumpa lagi, jaga diri baik-baik”.
“Terima kasih”, balas Siti Hawa sambil
mempamerkan senyuman yang manis.
Sejak pertemuan itu aku amat tertarik
dengan perwatakan Siti Hawa, aku lihat
dia seorang yang gadis yang lemah lembut
tetapi cekal dan mempunyai semangat
perjuangan yang tinggi.

Pada majlis keamanan sejagat untuk
Palestin kelihatan begitu ramai sekali
mahasiswa yang datang, menunjukkan
bahawa perjuangan rakyat Palestin
mendapat perhatian dari mahasiswa
pelbagai lapisan agama dan kaum. Dalam
lautan mahasiswa itu, bebola mataku
mencari-cari seorang yang bernama Siti
Hawa, namun dalam lautan manusia begini
memang susah untuk mencari seseorang.
Tepat pukul 9.00 malam majlis pun
bermula. Ketika itu aku dapat rasakan
kedinginan ‘air cond’ dewan besar ini
telah dihangatkan dengan ucapan-ucapan
berapi yang penuh semangat dari dua
orang panelis yang mengecam keganasan
Israel terhadap penduduk Palestin. Dalam
fikiranku, kalaulah kabinet Ariel Sharon
bapak pengganas tu tahu tentang majlis
ni, sudah tentu F/A18 Hornet dihantar
untuk membedil dewan besar ini. Bila
tiba panelis ke-3 aku agak terkejut.
Rupa-rupanya Siti Hawa adalah salah
seorang panelis yang mewakili rakyat
palestin dalam majlis itu. Aku lihat
gadis palestin ini berucap dengan begitu
bersemangat dan telah memukau ribuan
mahasiswa dalam dewan besar ini. Segala
pengalaman di bumi Palestin diceritakan
dengan begitu menyayat sekali
sehinggakan ada mahasiswi yang menangis.
Dan itulah kali pertama aku melihat air
mata Siti Hawa. Air mata jernih yang
memancarkan seribu penderitaan umat
islam Palestin.

Pagi jumaat ini aku hanya ada satu
kuliah sahaja. Habis sahaja kuliah aku
terus keluar untuk bersarapan. Dalam
perjalananku ke Restoran Maulana untuk
bersarapan tiba-tiba ada satu suara
memberi salam.

“Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam. Eh ustaz, minum ustaz”
“Ana baru minum tadi. Ni ana dapat
maklumat ada kenduri lepas jumaat ni kat
Masjid Ar
Rahman”.
“Kenduri? kenduri apa tu ustaz?”.
“Untuk membantah keganasan Rejim Israel.
kalau tak ada apa anta datang la”.
“Insya-Allah ustaz”.

dengan membawa kain serban aku menuju ke
Masjid Ar Rahman untuk bersolat jumaat
di sana. Tengah hari itu kelihatan
jemaah begitu ramai sekali yang terdiri
daripada mahasiswa di sekitar Lembah
Klang sehingga ada yang terpaksa membuat
saf jemaah di luar. Sebaik sahaja solat
selesai para pimpinan mahasiswa
memberikan ucapan yang berapi-api
membidas kekejaman Israel yang disambut
dengan laungan takbir dan kecaman
terhadap Rejim Zionis. kami bersiap
untuk berarak dari masjid secara aman
dengan membawa pelbagai kain rentang.
antaranya tertulis, “Hidup islam hancur
Israel!”. akupun mula menutup mukaku
dengan kain serban seperti pejuang Hamas
dan memakai ‘winbreaker’ untuk
menghadapi kemungkinan ditimpa ‘hujan
asid’. belumpun kami melangkah, telah
kedengaran bunyi dari hailer.

“Dalam masa 5 minit kamu semua diminta
bersurai!”
“perhimpunan ini adalah tidak sah
mengikut akta polis”
“Sila beri kerjasama. Sila beri kerjasama”
“saya ulangi bersurai sebelum pihak kami
mengambil tindakan”.

di depan kami FRU telah bersiap sedia
dengan belantan dan perisai. Yang amat
menggerunkan sekali, sebuah lori water
canon dengan muncung meriamnya dihalakan
ke arah kami bersedia untuk menurunkan
‘hujan asid’ pada bila-bila masa. dalam
keadaan yang agak gawat ini, pimpinan
mahasiswa meminta kami semua bertenang
sementara mereka berbincang dengan
pegawai polis untuk mendapat kebenaran
berhimpun. Selepas beberapa minit
berbincang kami tetap tidak dibenarkan
untuk meneruskan perhimpunan dan
nampaknya kami terpaksa mengakhiri
perhimpunan dengan bacaan doa untuk
kesejahteraan umat islam di seluruh
dunia. Tetapi belum sempat bacaan doa
dihabiskan kedengaran bunyi loceng
diikuti semburan air dari lori water
canon. Keadaan menjadi semakin gawat.
Ada yang cabut lari menyelamatkan diri
dan ada yang bertahan situ. Laungan
takbir bergema dalam suasana yang gawat itu

“Allahu akbar!”
“Allahu akbar!”
“Allahu akbar!”

Barisan FRU mula mengejar dan membelasah
sesiapa sahaja yang ada di depan mata
mereka. Sekalipun orang itu tidak
tahu-menahu tentang demonstrasi itu.
Mataku begitu pedih kerana ditimpa oleh
‘hujan asid’. Dalam kesamaran, mataku
terpandang seorang muslimat yang telah
diperlakukan dengan begitu kasar oleh
anggota FRU hingga tudungnya hampir
tertanggal. Aku begitu marah dan dengan
nekad terus menghayunkan topi keledar ke
arah anggota FRU tersebut sehingga
anggota FRU tersebut tersungkur. Aku
membawa muslimat itu lari ke tempat yang
selamat. Bila keadaan reda baru aku
perasan, rupa-rupanya muslimat yang aku
selamatkan itu adalah Siti Hawa.

“Eh, kamu ke Siti Hawa?”, aku bersuara
dengan termengah-mengah.
“Masya-Allah, kamu rupanya yang
selamatkan saya”, Siti Hawa juga terkejut.
Tiba-tiba aku lihat Siti Hawa menangis
lalu aku bertanya.
“Kenapa kamu menangis?”.
“Saya menangis bukan kerana sakit
dikasari oleh mereka, tapi saya sungguh
sedih kerana sebuah
negara yang didakwa sebagai negara islam
sanggup mengasari orang yang berhimpun untuk
membantah kekejaman Rejim Zionis”.

terkedu bila aku dengar kekesalan yang
diluahkan oleh Siti Hawa itu. Itu belum
lagi aku ceritakan tentang pasukan
kriket Israel yang ditatang, rakyat yang
membantah pula diterajang pada tahun 1995.

Persahabatan aku dengan Siti Hawa telah
hampir 2 tahun dan ini adalah hari
terakhir aku dapat bertemu dengannya.
Hari ini aku bertekad untuk meluahkan
isi hatiku kepada Siti Hawa yang telahku
pendamkan selama hampir dua tahun.
“Apa rancangan kamu selepas ini?”.
“Insya-Allah selepas ini saya akan balik
ke negara saya, Saya telah dilamar di
sana dan saya telah menerima lamaran itu”.

Aku hanya tersenyum mendengar katanya
itu tetapi dalam hatiku amat kecewa
kerana gadis Palestin ini telah dilamar
orang. Sayang sedalam-dalam sayang,
bunga yang ku puja akan sunting orang.
Namun begitu aku redhakan hati ini dan
berdoa semoga dia bahagia. Pada keesokan
harinya aku mengiringinya ke lapangan
terbang.

“selamat tinggal wahai sahabatku,
hulurkanlah doa untuk perjuangan kami di
sana, saya akan tetap merindui kamu”.

Itulah kata-kata terakhir yang keluar
dalam mulut Siti Hawa sebelum dia
berlepas. Hari itu juga ku lihat
lambaian terakhir darinya dengan
wajahnya yang begitu berseri-seri dan
bercahaya sekali. mungkin itulah
gambaran kegembiraannya yang akan pulang
ketanah airnya dan akan berumah tangga
dengan pemuda yang dikasihinya.

Sudah sebulan berlalu, aku menjadi
pegawai tadbir di sebuah jabatan
kerajaan. Namun begitu aku tetap
merindui Siti Hawa. Semasa perkenalan
dengannya dahulu dia ada memberi nombor
telefon bimbitnya kepadaku tetapi aku
rasa tidak manis kalau aku ganggu gadis
yang akan menjadi isteri orang. hari ini
cuti hujung minggu, namun aku tetap
bangun awal pagi. Mungkin kerana
kebiasaan aku sejak menuntut di
universiti lagi. Pagi itu aku tidak
bercadang untuk kemana-mana, aku hanya
berehat di rumah sahaja. Selepas sarapan
aku membaca surat khabar. Aku terus
membuka halaman berita antarabangsa
kerana bagiku berita-berita dalam negeri
adalah tidak adil dan tidak beretika.
Tiba-tiba jantungku seperti hendak gugur
apabila terbaca satu tajuk berita yang
berbunyi, “Seorang lagi serikandi
Palestin yang bernama Siti Hawa telah
melakukan operasi syahid di pos kawalan
tentera Israel dengan meletupkan diri
sendiri”. Aku seperti tidak percaya
dengan apa yang aku baca. Rupa-rupanya
maksud lamaran oleh Siti Hawa dulu
adalah lamaran untuk berjihad dan
mencapai syahid. Dalam masa yang sama
isyarat SMS dari telefon bimbitku
berbunyi. Bila aku buka, rupa-rupanya
ianya adalah SMS dari Siti Hawa yang
tertulis, “sebenarnya saya juga
mencintai kamu, tetapi saya lebih
mencintai Allah dan rasulNya”. Dengan
tak semena-mena air mataku mengalir. Aku
yang selama ini tidak pernah menangis
kerana mempertahankan keegoanku kini
menangis tanpa mempedulikan alam
sekeliling ku. Selepas solat aku
menyedekahkan bacaan Surah Yassin kepada
arwah dan berdoa semoga arwah diberikan
syahid yang tertinggi oleh Allah.

Monday, November 17, 2008

001 Pesanan daripada -pecinta dakwah-

wahai mutarabbiku, dengarlah..


"mesti..jadikan wawasan yang ada dalam dirimu itu adalah wawasan dakwah..dan jangan sesekali nyalakan wawasan duniawi dalam dirimu kerna itu bakal merosakkan jiwamu sendiri dan akan mematikan hatimu..

hidupkan dalam hatimu alquran dan cinta kepadaNya wahai sahabat..jadikan alquran itu sebagai temanmu dikala duka mahupun suka..hidupkan setiap ayat-ayatNya dalam hatimu..bicaralah dalam setiap langkah hidupmu dengan bicara ayat Tuhanmu..jangan pernah leka dalam setiap gerak langkahmu dengan manisan duniawi malahan biarlah dirimu waspada walau dalam luka dengan manisan akhirat dan cinta tuhanMu..

ingatlah wahai sahabat sejauh mana engkau menyulam hidupmu dalam dunia dakwah, pastikan futur itu tidak kau kuatkan saat ia terlintas dalam hatimu..biarlah perit dan duka yang kau lalui dalam arena dakwah adalah kekuatan buatmu..dan biarlah dakwahmu itu nampak perlahan tetapi tetap dengan istiqamah, bukannya futur..

perteguhkan akidah dalam dirimu dan jangan sesekali engkau bermaksiat kepada Allah..andai itu ada wahai sahabat, teruslah bertaubat kepada Allah kerana Allah itu wahai sahabat adalah Maha Pengasih lagi Pengampun..namun ingatlah jua, murkaNya itu juga sentiasa berlegar disisiNya saat engkau permainkan ayat-ayatNya..dan janganlah hinakan dirimu sampai saat Tuhanmu kuncikan hati, penglihatan dan pendengaranmu..waspadalah wahai sahabat..

dan sahabat, ingatlah..awasi gerak atur hidupmu dari syaitan yang direjam..terus kuatkan dalam hatimu, ia adalah musuh yang nyata buatmu..sentiasa cari Allah dan ingatilah kepadaNya dengan ingatan yang banyak kerana wahai sahabat itulah sebenarnya punca kekuatan bagi seorang dai..

terus cuba ikat dirimu dengan tuhanmu hinggalah ikatan tali cintamu itu tersimpul mati dengan tali cintaNya..dan tatkala cintaNya itu hadir, jagalah ia dengan baik..jagalah ia dengan baik kerna andai ia terlepas darimu sememangnya amat perit mencarinya semula dan amat menyakitkanmu jua untuk bertemu dengannya lagi..dan terakhir dariku sahabat, aku akan terus mendoakanmu hinggalah sampai saat kita tersenyum bertemu di syurga nanti..dan peganglah hadis qudsi ini "Jagalah Allah, Allah menjagamu"..Allahu akbar!!...ayuh julang tinggi risalah suci!!"


uhibbukum fillah abadan abada... T_T


nukilan ikhlas dari hati seorang murabbi,
pecinta dakwah
www.cinta-teratas-011.blogspot.com