. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Pages

Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

056 Puasa di bulan Zulhijjah

Puasa pada Sepuluh Pertama Zulhijjah

Dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu anhuma bahwa Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda “Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lbh dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini yaitu Sepuluh hari dari bulan Dzul Hijjah.” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah tidak juga jihad fi sabilillah?” Beliau menjawab “Tidak juga jihad fi sabilillah kecuali orang yg keluar dgn jiwa dan hartanya kemudian tidak kembali dgn sesuatu apapun.”

(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari Rahimahullah)

Dari Umar Radhiyallahu anhuma bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Tidak ada hari yg paling agung dan amat dicintai Allah utk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil takbir dan tahmid.”

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah)


Puasa sunat Hari Arafat

Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.;

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”

(Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda;

“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah”

(Riwayat Imam Muslim)

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;

“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang”

(Riwayat Imam Muslim)

Wallahualam...

Saturday, November 6, 2010

053 Nasihat Rasulullah 5 Perkara kepada KITA

Sabda Rasulullah...

"Jauhilah perkara-perkara yang haram wahai saudara, maka saudara akan mendapat kelazatan beribadat kepada Allah swt. Redhalah dengan apa yang Allah anugerahkan kepada saudara maka saudara akan jadi orang yang paling kaya. Lakukanlah satu perkara kepada orang lain sebagaimana saudara suka perkara itu dilakukan kepada saudara maka saudara akan menjadi seorang islam. Berlaku baiklah kepada jiran-jiran, maka saudara akan dapat menjadi seorang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Janganlah saudara banyak ketawa kerana ketawa yang berlebihan boleh menyebabkan hati menjadi mati."
(Riwayat Imam Tarmizi)

Thursday, February 25, 2010

046 Saat di waktu Fajar Dunia

petikan daripada buku berjudul RAHSIA AIR MATA KHUSYUK:

Waktu sahur adalah penting, sepeti yang diterangkan Rasulullah, "Allah berkenan turun ke langit dunia setiap malam, iaitu pada waktu fajar dan menyatakan, "Sesiapa yang meminta akan kuberi, sesiapa yang berdoa akan ku perkenankan doanya, dan sesiapa yang beristighfar akan kuampun dosanya,"

(Hadis laporan Bukhari dan Muslim)

Friday, January 1, 2010

041 Zikir, Doa, Amalan yang terbaik

Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, bahwa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersanda, "Zikir yang terbaik adalah "Laa ilaaha illallaah" dan doa yang terbaik adalah "Alhamdulillah" .

(Riwayat Tirmizi, katanya hadith ini hassan gharib)

Daripada
Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidaklah seorang hamba Allah mengucapkan kalimat "Laa ilaaha illallaah" dengan ikhlas melainkan dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga kalimat itu sampai ke Arsy Illahi, selama ia meninggalkan dosa-dosa besar."

(Riwayat Tirmizi, katanya hadith ini hassan gharib)

Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a. bahawasanya ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: "Manakah amalan Islam yang terbaik?" Beliau menjawab: "Iaitu engkau memberikan makanan dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang sudah engkau kenal dan orang yang belum engkau kenal."

(Muttafaq 'alaih)

Friday, July 31, 2009

029 Saudara = Diri

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسْ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِه

[رواه البخاري ومسلم]

Terjemah hadits :

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, beliau bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

(Riwayat Bukhori dan Muslim)

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

1. Seorang mu’min dengan mu’min yang lainnya bagaikan satu jiwa, jika dia mencintai saudaranya maka seakan-akan dia mencintai dirinya sendiri.

2. Menjauhkan perbuatan hasad (dengki) dan bahwa hal tersebut bertentangan dengan kesempurnaan iman.

3. Iman dapat bertambah dan berkurang, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.

4. Anjuran untuk menyatukan hati.

028 Tiga Perkara

Ada tiga perkara,yang jika tiga perkara itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, tetapi dia tak mncintainya kecuali kerana Allah; benci utuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)