. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Thursday, December 11, 2008

008 Menangis?!

Isk..iskk..

T_T Hari ini, mataku ini sering mengalirkan air mata. Dari tengah hari tadi (pukul 12 lebih_11/12/2008), sampailah sekarang. Susahnya nak tahan air mata dari jatuh ke bumi. Pedih pulak rasa mata ni. Secara tiba-tiba je air mata aku mengalir keluar. Masa nak menulis blog ni pun air mata masih lagi mengalir keluar. Takkan hati keras macam ni pun boleh menangis? Seorang insan yang bergelar lelaki, yang biasanya sering tabah apabila diselimuti dengan pelbagai ujian duniawi, TIBA-TIBA HARI INI MENANGIS?!

Ya, hari ini aku memang betul-betul menangis! Yang anehnya, air mata yang keluar sikit-sikit. Perasaan?? Takde perasaan. Sedih mahupun gembira. Tapi nape ek menangis?

Kisahnya...

Pagi tadi (waktu dhuha)...
Terlintas kat hati ni untuk Sembahyang Sunat Dhuha...
Sebelum tu, nak tukar pakaian solat dulu kat dalam bilik...
Bila dah masuk bilik, tiba-tiba..."Eh2 nape bantal ni nampak empuk plak ni?? Selalunya macam biasa je."
Syaitan mula membisik...

Tidur la jap!...
Masa dhuha panjang lagi...
"Abang Imi...tolong kejutkan lagi sepuluh minit."
"ok2!"
"terima kasih"
Mataku mula terlelap...

Tip-tap-tip-tap...
"Akie...Akie...dah-dah!...bangun!...dah sepuluh minit dah ni!"
"Okey-okey...nanti akie bangun."
Mata pun terlelap balik...

Tip-tap-tip-tap...
Waktu tengah hari...
Bila buka je mata, aduh...sakitnya! pedihnya! Mataku termasuk habuk! Kalau habuk kecik kejap je ok mata ni. Tapi masalahnya, SAMPAI SEKARANG TAK KELUAR-KELUAR HABUK NIE (waktu sekarang_01:05_12/12/2008)...mesti habuk besar!

Sebab tu la asyik menangis je. Bukannya perasaan sedih ataupun terlalu gembira. Pasti dan pastinya ada hikmah.

Bagiku...hikmahnya, ini satu peringatan dari Allah. Mungkin time cuti ni, terlalu kurang baca Al-Quran. Mungkin jugak, mata ini sering melakukan maksiat. Bila di fikir-fikirkan balik...dah berapa lama tak menangis untuk mengenang dosa. Dah lama tak MUHASABAH DIRI.

Murabbiku pernah berkata...
"bila antum menangis time baca Al-Quran, itu merupakan satu nikmat."
Firman Allah Taala dalam surah Al-Anfal, ayat ke-2, yang bermaksud,
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah GEMENTARLAH hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.

Bila seseorang itu membaca Al-Quran, lalu menangis, ini bermakna hatinya mudah tersentak dengan Ayat-ayat Allah Taala. Bagiku, ini merupakan satu nikmat yang dapat merasakan seseorang dengan kemanisan iman.

Menangislah apabila mendalami ayat-ayat Al-Quran. Menangislah untuk mensucikan jiwa.
Menangislah akan dosa yang dilakukan. Menangislah untuk mengubat hati. Menangislah ketika meminta doa. Menangislah, pasti kita dapat merasa Allah itu benar-benar dekat.

-doakan mata ku ini cepat sembuh => -
-nukilan: syabab-istisyhad-perinduCintaNya-
-bagi yang ingin menambah isi, amatlah dialu-alukan-
-comment juga amatlah dialu-alukan...demi memperbaiki nukilanku ini-



5 comments:

Ummu Solehah Muhammad said...

hmm..

kita manusia yg sering alpa..

::~Akulah Orangnya_25~:: said...

Assalamualaikum ..

Awwalan .. Tahniah di atas usaha membuat blog yg menjadi medan untuk islahkan diri sendiri & masyarakat .
Thanian .... Terima kasih kerana linkkn blog ana di blog ni ... Tp , sbg manusia biasa .. timbul dzon dlm diri ana ; Nie blog siapa ye ? Kenal ke ?... +Wallahu'alam+

Respon kpd posting ni ;

Syafak Allah .
Buat-buatlah menangis , krn tu lbh baik daripada mata yang tak pernah menangis ..
Kita manusia sering lupa , sdg DIA sentiasa meningati kita ,.. melalui ujian2 yg ditimpa buat kita

Wallahu'Alam

syabab-istisyhad said...

Ummu Solehah Muhammad :
yup...marilah kita sama2 membaiki diri kita dengan diiringi taubat kepadaNya.

::~Akulah Orangnya_25~:: :
Syukran...

Ummu Solehah Muhammad said...

tharu dengan advice ~Akulah Orangnya_25~ : Buat-buatlah menangis , krn tu lbh baik daripada mata yang tak pernah menangis > sukran, sebua teguran!

Anonymous said...

berjuang lah dgn nama ALLAH tanpa memikirkan hal2 yang tidak berfaedah...renung2 kan lah ayat nih..yer zaki