. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Tuesday, September 14, 2010

047 Minal `Aidin wal Faizin :D

Salam
Salam Aidilfitri

Alhamdulillah. Pada hari kelima Syawal ini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Dan Batin.

Selalu kita dengar orang ramai cakap "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal `Aidin Wal Faizin". Selamat Hari Raya tu kite paham je...tapi, Minal `Aidin Wal Faizin tu ape? kalau nak tau...Minal tu maksudnya Dari. `Aidin bermaksud Kembali. Wal Faizin tu pulak adalah gabungan daripada perkataan Wa + Al-Faizin yang bermaksud Dan Berjaya. Maka maksudnya adalah Dari Kembali Dan Berjaya. Itu kalau terjemahan yang simple-simple je. Tapi kalau nak lebih extreme sket maksud sebenarnya atau secara umumnya diterjemahkan "Semoga kita semua tergolong mereka yang Kembali (ke fitrah) dan Berjaya (dalam latihan menahan diri)"

Berdasarkan hadith pula, saat dihari raya, para sahabat pula selalu mengucapkan "Taqobbalallahu minna waminkum" yang ertinya "semoga Allah menerima amalku dan amal kalian". Renung-renungkan...Selamat Beramal : )

Akhirnya...ingin sekali aku memohon maaf kepada kalian kerana telah lama menghilangkan pena untuk mengisi blog. Aku kini berada di Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang dekat Jengka. Mohon sekalung doa dari kalian agar aku dipermudahkan menerima Ilmu di sana. JazakallahulKhoir.
Salam dari PerinduCintaNya : )

No comments: