. dEmi Masa

Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al-`Asr 103:1-3)



Tuesday, November 2, 2010

052 kAyu suGi *second edition*

Second Edition??!
yup...yang nie second edition punya...yang first edition tu aku rase macam sikit sangat isi posting.
On top of that (best nye ayat) patotnye nak bagitau pasal kisah INDAHNYA BERSUGI *kisah realiti yang berlaku pada aku.Tapi terlupa...Sebab tu la wat second Edition.



Kayu sugi atau dikenali sebagai siwak berasal dari pokok yang bernama arakh/araa. Pokok ini berasal di Tanah Arab. Dan berdasarkan pengatahuan, kayu sugi ada juga berasal dari pokok zaitun. Jenis kayunya lain skit.


Hadis tentang kayu sugi:
(petikan dari iluvislam)

  • Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).
  • Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis riwayat Al-Bukhari).
Indahnya Bersugi
Nak dimulakan cerita...
Pada zaman sekolah rendah dan menengah dulu...korang mesti pernah merasa doktor gigi datang kat sekolah korang nak check gigi setiap sorang pelajar. Haha...mase skolah rendah lah yang paling kelakar skali...sume pakat nak lari la, takut la, bisik-bisik doktor tu garang la, sakat budak junior "haa!..abes la ko..nanti kene cabot gigi!" n macam-macam lagi.

Ceritanya...mse skolah menengah
time sekitar form1-3...ade seorang member ni baru balek dari umrah. Azri bin Azmi namanya. Dia ni baik sangat. Dia bagi hadiah kayu sugi kat aku. thanks a lots azri! Aku ingat lagi...bila aku dapat kayu sugi tu, aku simpan baik-baik dalam bag sekolah. Tak letak kat asrama pon. Tiba-tiba...dalam dua-tiga hari ada kumpulan doktor gigi sampai sekolah. CHECKING GIGI DAY!

Kene pulak time tu kelas aku dah nak kene check...kita orang budak laki ramai yang singgah tandas dulu. Kasi bersih-bersihkan gigi sebersih-bersihnya dulu baru gi jumpe doktor gigi tu.haha. Apatah lagi aku. Dengan menggunakan khidmat Kayu Sugi...aku pon bersugilah dengan selamber. Lepas tu barulah pergi bilik checking. Tunggu giliran di sana.

Kemudianya tibalah giliran aku. Doktor tu pon check. Dengan memakai penutup mulut, dia pun berkata "mmm...okey...okey...okey...dah. Bagos!!!...nanti hari-hari gosok gigi macam ni ye"
"Okey" Aku pon tersenyum lebar. Dan beredar.


Antara Kelebihan Bersugi:
(Kuliah kesempurnaan Iman dan kepentingan Ilmu ini disampaikan oleh Ustaz Zahazan Mohamed di rumah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman di Leicester UK dihadiri oleh warga Masleic)
  1. dicintai Allah dan RasulNya
  2. baik untuk mata
  3. mengurangkan balgham/kahak
  4. mudah untuk bangun tahajjud
  5. mudah menghadapi sakkharatul maut
  6. menyelamatkan mulut dari kene penyakit
  7. dibenci oleh syaitan
  8. menguatkan ingatan


ingin mengetahui lebih lagi mengenai kayu sugi/siwak dan sejarahnya layarilah laman web iluvislam
Wallahualam...JOM BERSUGI! xD



gambar dipetik dari laman web:
http://shw.rpuzan.fotopages.com/13761840/kayu-sugi.html
http://kayudanteras.blogspot.com/2010/05/kayu-siwak-jadi-batu-asal-tanah-arab.html